Nuffnang BH

Jun 14, 2011

AkU MasIh InGat


sape2 nak join click sini

aku masih ingat...
Salam,
aku baru follow blog DocTor ni and aku punyalah excited nak join contest dia buat. Menang ke tak belakang kira la. Ni ikut hati yang excited nak berkongsi memori yang aku rasa adik beradik aku pun ingat sampai bila-bila kot.
Oleh sebab keluarga kami ni bukanlah keluarga yang kaya so cara didikan of cos la cara didikan family yang sederhana je. Bila time puasa kami adik beradik memang la liat nak puasa, dah nama pun budak kecik. Adik beradik aku ramai so kira dekat2 la jarak umur, almost sebaya la.  Aku ingat lagi masa tu dalam umur 6 tahun dan bawah aku ada lagi 3 adik-adik kecik.
Masa umur cmni la mak aku ajar kitaorang berpuasa. Ya Allah macam nak mati rasanya. Kalau orang lain mak ayah bagi duit kalau puasa penuh tapi mak aku bagi air kotak untuk berbuka kalau dapat habiskan satu hari puasa. Nikmat berbuka dengan air kotak laici,soya yang sejuk disimpan dalam peti ais memang dinanti kami semua. So masing-masing akan berpuasa kerana air kotak la. Hahhahaha. Aku ni nakal sikit masa kecik, kitaorang selalu lawan la sape dapat tahan puasa and dapat berbuka dengan air kotak menjadi pemenang.
Adik-adik aku kan kudus lagi mana taw hasad dengki nak menang ni. Kebetulan bulan puasa jatuh pada masa musim buah rambutan masak dengan ranumnya. Sebab cuaca panas so kitaorang ramai-ramai lepak bawah pokok rambutan sambil tunggu waktu berbuka. Pastu aku dengan confidentnya hasut adik2 aku...sebab nak menang air kotak. Kah3. Dengan muka yang serius aku yakinkan diaorg bahawa if makan makan buah rambutan sebiji je tak akan batal puasa (makan banyak2 baru batal).
Aku kan kakak of cos diaorg percaya.. pastu bila semua dah makan buah rambutan cepat2 aku lari masuk rumah bgtaw mak aku adik2 aku ponteng puasa makan buah rambutan. So hari tu aku sorang jela puasa. Tapi yang xbestnya aku tak dapat pon air kotak sebab aku main tipu. Adik2 aku semua tarik muka bila ditipu. Mak aku gelak sakan. Bila ingat memori ni mesti kitaorg bantai gelak ramai2.
(aku xreti lukis..layan aje la.)
lagi satu kisah, Aku masih ingat dulu, masa tu abah kuat bekerja tapi sebab adik beradik ramai selalu macam tak cukup je makanan kat rumah. Punya lah sedih pernah satu hari tu kitaorg makan gulai ikan sepat masin yang sama mak aku masak untuk 3 hari berturut2. Pergh menu untuk 3 hari lauk yang sama, nasik n gulai ikan masin. Makan sekali sehari je, dan saat aku kunyah nasi dan telan aku rasa sebak sangat. aku berdoa pada Allah supaya kami sekeluarga tak akan susah lagi pada masa hadapan. Abah pulak masa tu makan nasi dengan gula je. Nak menangis je rasanya masa tu, nak tolong cari duit tapi aku kan kecik lagi masa tu. Bila aku ingat semula mesti berair mata ni.

Tu jelah kot memori yang aku ingat. Yang lain mungkin tak sebest and sesedih dua perkara kat atas. Dulu abah panggil aku tong sampah masa kecik2, sebab aku selalu habiskan makanan adik2 aku. diaorang tak habis aku tolong jela. Hahahhahahha

Aku tag 3 orang lagi supaya join contest ni.. 
1. ahkak Geli
2. KAk Ina
3. Cik Aisha