Nuffnang BH

May 9, 2011

Terima Kasih Ya Allah


Aku rasa aku sekarang ni dah macam tua dari usia sebenar la. Ok tahun ni bakal menginjak angka 26 tahun tapi kualiti hidup dan perangai aku semakin merudum. Ermm apa yang aku perasan ialah aku banyak sangat memendam rasa. Aku simpan semua dalam otak, dalam hati. So akibatnya aku jadi tertekan. Aku jadi negative, sayu rasa hidup sorang-sorang. Owh tolonglah.

Kalau time study dulu, aku lain. Yela, if time study dulu kawan semua depan mata. Hari-hari aku bercakap etc. Perasaan semua keluar. Habis masalah bila bercakap, gelak-gelak, then setel. Tapi sekarang dengan sapa aku nak gelak-gelak macam orang gila? Kawan office? Jangan harap ok, kang xprofessional kang.

So, atas kesedaran yang tak seberapa ni, aku try untuk jadi macam dulu semula. Walaupun tak mengadap muka kawan-kawan aku masa study dulu, aku nak jadikan belog aku ni sebagai tempat untuk bergelak sakan. Lebih kepada penceritaan, bukan sekadar luahan bila aku ada masalah, takda mood atau kesedihan tahap cipan.

Tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal ni, sebab utamanya, masing-masing punya komitmen berbeza. Takkan la nak paham orang lain dan melayan setiap karenah dan emosi 24/7. Suami pun boleh gila ok. Kesian suami aku. ihihihi sorry sayang, pasni i tak marah-marah sangat dah. I try to improve myself okes. Love you.

Sekarang kat tempat kerja kena bijak berfikir. Tak boleh terima sebulat-bulatnya, dan tak boleh terus kalah dengan perasaan macam tu ajer. Tak elok untuk environment mencari rezeki. Selagi boleh bersabar haruslah bersabar. Ingat tuh.

Dan semacam nekad nak lepaskan segala dendam dan kesumat. Kepada kawan aku wahai cik Nad saya mintak maaf atas segalanya. Maksudnya disini. Saya mahu hapuskan segala perasaan yang lepas-lepas dan saya mahu buka buku baru.

Lupakan apa yang pernah terjadi (maksud saya email yang dulu-dulu). Sesungguhnya saya minta maaf. Saya betul-betul mahu lupakan. Noktah. Harap tiada soalan berbangkit dari kamu. Ihihihihih

Allah takdirkan saya begini, berfikir begini dan bukakkan pintu hati saya. Syukran ya Allah. Puas sudah saya berfikiran negative. Kini tiba masa untuk diri yang baru. Saya mahu hidup gembira kerana hidup saya pendek bangat.

Saya tidak kisahkan dia, saya tolak tepi perasaan negative dan saya paham awak buat macam ni pon mesti awak ada sebab. Awak tak pedulikan saya walau saya depan mata. Tak apa. Allah ada. Ihihihih

Saya rasa lebih fresh. Saya mahu pulang. Akhiri kisah hari ini dan kemudian esok saya dengan muka baru. Dengan senyuman yang lebih lebar sampai ke telinga. Terima kasih ya Allah.

2 comments:

  1. Odie kwn yg kusayang, terima kasih menjadi sahabat yang baik. Ciknad syg kamu tau. Rindu sgt rasanya.

    ReplyDelete
  2. ramai orang syg kita sbenarnya.tp ats sbb2 tertentu selalu rasa 0 and alone.abaikan perasaan xelok 2,think +ve.cheer up..:)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi comment.