Nuffnang BH

May 27, 2011

Kebimbangan SeOrang bernama Manusia

Sebenarnya otak aku dah letih nak memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi. Ya aku seolah hilang punca nak yakinkan diri aku sendiri. keimanan sedikit pudar bila ujian seberat ini melanda. Yang asasnya tanpa keizinan dari Allah perkara itu tidak akan berlaku. Sekuat mana makhluk itu, sejahat dan sengeri mana mesti mendapat keizinan Allah. Dari minggu lepas memori otak aku full dan rasanya dah patut di delete sebahagian maklumat yang ada. Seperti right click, cut and paste kat tempat lain. Save elok-elok. Atau just delete letak dalam recycle bin, restore bila perlu untuk fikir kembali hal itu.
Aku amat takut bila diugut dan itu melibatkan nyawa insan yang aku sayangi. Perlukah ambil kisah dengan amaran pertama yang diberi. Atau aku hanya diam diri, berdoa dan tawakal supaya benda-benda tak elok ni pergi. Sakitnya kepala macam nak pecah. Semalaman aku murung. Aku diamkan diri. Berusaha untuk senyum demi anak tapi aku tak mampu. Macamana nak senyum? Aku lupa.
Memang selalu sangat terjadi bila aku perlukan seseorang aku sering keseorangan. Bila aku berada di tahap yang aku sendiri tak boleh bernafas dan aku tak berani nak melangkah, mesti yang lain tiada di sisi. Bukan kemahuan mereka tapi ada saja alasan yang terpaksa aku terima. Telan dan duduk diam-diam. Kecewa dan biarkan kesakitan kerana ketakutan tu memakan diri. Mungkin selepas pejamkan mata kesakitan akan hilang.
Saat yang aku takut-takutkan pasti akan datang. Pasti akan jadi, Cuma pengakhiran aku tak dapat bayangkan. Apa yang bakal berlaku adalah rahsia Allah. Sekalian hamba makhluk tiada layak mempersoal. Apa akan berlaku.
Pelik. Walau aku pada nyatanya berdua tapi aku rasakan berseorangan. Aku merasai kelemahan dalam masa yang sama aku semakin kuat. Aku menjadi semakin tidak kisah ditinggalkan. Menjadi kebiasaan dan aku semakin selesa. Seperti diriku yang lama.