Nuffnang BH

May 23, 2011

Kalaulah..dan tak mustahil ia berlaku

Salam, pernah terbayang tak dalam hidup korang, tetiba je:

1. Raksasa

- tengah dalam perjalanan balik ke kampung halaman, berkelah n BBQ bersama keluarga ke, berjalan di Zoo negara ke, tengah bertugas berkhidmat untuk negara dan berada di dalam bangunan yang bertingkat-tingkat atau tak kisah kat mana sahaja anda berada atau sedang buat..tiba-tiba ada raksasa muncul meletupkan bangunan. sebijik dalam cerita Oltromen..gigit2 kereta dan musnahkan rumah2.. dan kemudian apa anda akan buat? apa anda fikirkan? apa akan jadi? sampai sekarang aku masih memikirkan kemungkinan akan berlaku perkara ini..


walaupun aku minat oltromen tapi aku xsanggup if ianya betul2 wujud.


2. Putra/Star/KTM/Monorail

- aku percaya setiap hari manusia yang bekerja di sekitar KL ni berebut-rebut naik public transpot seperti bus, dan KTM,Putra, Star dan Monorail. sebab aku pun tak terkecuali. bila time pepagi still ok sebab tak banyak bau yang dihidu, tapi if dah petang sket tu paham2 jela. dan aku juga sempat terfikir..kalaulah tiba-tiba, ada pihak dengki dan konon-kononnya pengganas dia lepaskan bom asap beracun. nak-nak if masa tu Putra tengah bergerak laju. pintu kat kiri, kanan tak leh bukak sebab memang di tengah2 udara . eh paham ke maksud aku ni..contoh perjalanan dari stesen Ampang Park ke Damai..kan takda daratan tu. if nak bukak pintu dan meloncat keluar pun mesti mati sebab jatuh kat jalan raya. macamana nak selamatkan diri? then pihak berwajib memandang berat tak ni semua? isu keselamatan?



sebelum naik atau bila naik aku mengucap dulu..takut.

3. Makan di Tepi jalan/Kedai makan

di suatu pagi yang hening. pagi ahad. bukak mata terus teringin nak makan roti telur. malas masak dan ajak si suami makan di kedai feveret akak bintik seksyen 2 wangsamaju. makan sambil bergelak manja, bergelak ketawa, santai semua. bila perut dah kenyang si suami duk diam baca surat khabar (focus) dan aku duk termenung, sambil tu terfikir la..macamana la if tiba-tiba tengah duk melepak kat kedai kopi/warung -warung tiba-tiba ada orang naik motosikal dan tembak aku yang tengah makan/berehat kat kedai tuh. tak pun lempar bom tangan ke..adeh mesti sakit. memang la mintak dijauhkan tapi tak mustahil kalau ia berlaku. Nauzubillah..


tembak laju-laju mesti keluar banyak darah kan?

tak mustahil benda-benda kat atas akan berlaku, tapi yang oltromen mungkin tak la kan? sebagai manusia kita perlu banyak beringat. kematian hanya beberapa jengkal dari kita.. tak jauh pun.