Nuffnang BH

May 20, 2011

angin semacam di hari jumaat

Salam Satu Dunia..wah jauh aku memberi salam kan? hihiih peduli apa. ok harini dah jumaat, wah rasa malas nak pergi kerja. ikut rasa hati aku ni nak je aku balik dan sambung tidur. tapi atas kesedaran yang aku ni makan gaji kena la masuk office. tak comment banyak pasal office sebab tak da benda yang menarik pon. bosan adalah.

cuma semalam aku penat tahap belut la, jamm kat JJ wangsamaju. binawe sungguh rupanya ada JJ card. so sale gegila la. tapi bagi aku yg sokmo g JJ tu dah taw harga dia memang cmtuh. tak berubah apa pun. ni la trick tempat membeli belah dari dulu lagi. aku g JJ pon sebab anak aku ni tringin nak makan BigAppleDonut. so melangkah la jugak.

angin ok, aku tunggu laki aku hampir 2 jam setengah so aku macam orang gila merayau-rayau dalam JJ tuh. last-last lepak kat BigApple je. penat bawak beg dengan perut lagi. fiuhh..aku ingat aku la yang akan angin kan3? tup2 korang taw laki aku yang angin. masa tu ujan lebat, then bateri hp kong, dia call aku guna public la of cos. pastu aku bgtaw la jumpa aku kat kedai sekian-sekian.

sesampai je jumpa aku, laki aku dah tarik muka 14. ketat semacam. wah aku yang nak angin ok. aku tahan. aku sabar. takpa kasik can la kan. ok dalam otak ligat cari alasan kenapa laki aku yang perlu naik angin padahal aku dah naik kejung tunggu berjam-jam.

antara sebab yang aku rasa dia naik angin ialah:
1. dia stuck dalam jamm lama sangat ms balik keje, sbb naik kete dgn bos dia..smalam melawat office baru so sukar sket la..penat n stress.
2. bateri hp kong and kena cari public phone yang masih boleh digunakan.
3. hujan yang lebat and org ramai. jalan area rumah pulak polis/rela tutup sebab banyak kenderaan masuk JJ so takda tempat nak parking. stress lagi kena jalan jauh masa ujan lebat.

dan automatik otak aku pulak berfikir yang aku sepatutnya naik angin kerana:
1. dia msuk office baru bukan salah aku, then aku takda pun suruh dia datang JJ masa aku call petang tuh. dia yang suruh tunggu dia balik kerja n balik sama2. ikut plan awal pas beli donut aku nak jalan kaki balik je.
2. aku menunggu separa gila dengan beg yang berat n Qaseh asyik tendang-tendang semalam. penat jugak.
3. hujan lebat, then aku memang alah dengan air ujan. mesti macam nak terdemam.

lastly, malam semalam memang masing-masing berdiam diri. aku bawak diri sendiri. aku malas bukak mulut sebab aku taw mesti aku yang menang. malas nak fight la. hihiihihih. masuk bilik main game laptop dan cuba bertenang. masa ni la rindu kat arwah abah, rindu mak dan macam-macam lagi.

perut lapar then sms adik aku suh tapau nasi. kebetulan adik aku nak datang melepak sebab nak discuss menu untuk kenduri arwah bulan june nanti. sambil makan nasi, tangan ligat picit mouse main game then mulut bising complaint kat adik aku. sambil mengunyah sambil bebel. wah kenyang. bosan kalah main game. aku tidur. adik aku geleng kepala and gelakkan.

ada aku peduli? ahh biarkan. kan aku dah bebel. padam muka.