Nuffnang BH

May 27, 2011

Kebimbangan SeOrang bernama Manusia

Sebenarnya otak aku dah letih nak memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi. Ya aku seolah hilang punca nak yakinkan diri aku sendiri. keimanan sedikit pudar bila ujian seberat ini melanda. Yang asasnya tanpa keizinan dari Allah perkara itu tidak akan berlaku. Sekuat mana makhluk itu, sejahat dan sengeri mana mesti mendapat keizinan Allah. Dari minggu lepas memori otak aku full dan rasanya dah patut di delete sebahagian maklumat yang ada. Seperti right click, cut and paste kat tempat lain. Save elok-elok. Atau just delete letak dalam recycle bin, restore bila perlu untuk fikir kembali hal itu.
Aku amat takut bila diugut dan itu melibatkan nyawa insan yang aku sayangi. Perlukah ambil kisah dengan amaran pertama yang diberi. Atau aku hanya diam diri, berdoa dan tawakal supaya benda-benda tak elok ni pergi. Sakitnya kepala macam nak pecah. Semalaman aku murung. Aku diamkan diri. Berusaha untuk senyum demi anak tapi aku tak mampu. Macamana nak senyum? Aku lupa.
Memang selalu sangat terjadi bila aku perlukan seseorang aku sering keseorangan. Bila aku berada di tahap yang aku sendiri tak boleh bernafas dan aku tak berani nak melangkah, mesti yang lain tiada di sisi. Bukan kemahuan mereka tapi ada saja alasan yang terpaksa aku terima. Telan dan duduk diam-diam. Kecewa dan biarkan kesakitan kerana ketakutan tu memakan diri. Mungkin selepas pejamkan mata kesakitan akan hilang.
Saat yang aku takut-takutkan pasti akan datang. Pasti akan jadi, Cuma pengakhiran aku tak dapat bayangkan. Apa yang bakal berlaku adalah rahsia Allah. Sekalian hamba makhluk tiada layak mempersoal. Apa akan berlaku.
Pelik. Walau aku pada nyatanya berdua tapi aku rasakan berseorangan. Aku merasai kelemahan dalam masa yang sama aku semakin kuat. Aku menjadi semakin tidak kisah ditinggalkan. Menjadi kebiasaan dan aku semakin selesa. Seperti diriku yang lama.

May 26, 2011

SegMen bLoglist AbgTeror - TaNah TuMpah Darahku

Oleh sebab terpengaruh dengan entry2 org lain masa blokwalking tadi so aku pun terjerumus sekali nak join blog abgteror ni yang menghimpunkan blogger2 mengikut negeri..Abg Teror

soklan-soklan yang perlu dijawab: la sikit sgt la..hiihihih

1. Dimana anda dilahirkan? – saya dilahirkan di Pahang, sebuah negeri yang Aman dan Makmur.

2. Dimana anda dibesarkan? – ditempat yang sama saya dilahirkan. Lebih tepat di kawasan penempatan Felda Sebertak dan kawasan sekitarnya.

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.-  Of cos Pahang Darul Makmur

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut. – Saya bangga menjadi anak jati Pahang, saya dilahirkan dan membesar dengan cergas di negeri tersebut. Walaupun Pahang tidaklah semoden negeri-negeri moden di dalam Malaysia tapi bolehlah tahan keadaannya. Apa aku melalut ni??..

La dah habis soklan dah..

Sekian..harap berpuas hati.

PerjalaNanku..minggu June

Salam..wee hooo..aish dari semalam hati aku geram je nak taip entry utk blog tapi masa amat mencemburui. Sibuk sangat la konon-konon dengan meeting. Kerja bagai la kan? Ermm sibuklah jugak, memikirkan semua sekali. Aiseh minggu ni penuh dengan plan yang berserabut dalam kepala. Ok memula dalam otak dah siapkan tentative untuk bulan june akan datang..almost every weekend in June aku busy..waaaa jerit reramai okes.

Minggu pertama :
4 june - mak nak buat kenduri arwah abah. Dah start prepare/plan apa yang patut dibeli, dibuat and assign tugasan untuk adik beradik lain. Omg. Penat. 5 June..andai ada rezeki mesti hadiri majlis perkahwinan kawan sediploma di Pekan Pahang. insyaAllah nak pergi la..aishhh isnin mesti penat.

Minggu ke dua:
11 june – mesti menghadiri Antenatal Class di Pantai Hospital Ampang for whole day. Adeh ahad mungkin boleh berehat..perhatian..MUNGKIN. class ni dah lama register as persediaan aku n suami as parent. Yea.. insyaAllah nak attend. click sini untuk detail  KelaS la. 

Minggu ketiga:
18 june – akan di putuskan kemudian.

Minggu keempat:
25, 26 june – ada family day at Gambang. And may be kena standby 24 hb tuh. fiuhh. Gembiranya. Konon-konon la. Anggap je honeymoon sebab semua ditanggung.
Semoga aku dan baby dapat harungi bulan june dengan jayanya. insyaAllah. Semua Selamat. ok sekarang mula tak da mood nak menaip. harus berkongsi rasa tentang mengandung pulak selepas ini.



May 23, 2011

Kalaulah..dan tak mustahil ia berlaku

Salam, pernah terbayang tak dalam hidup korang, tetiba je:

1. Raksasa

- tengah dalam perjalanan balik ke kampung halaman, berkelah n BBQ bersama keluarga ke, berjalan di Zoo negara ke, tengah bertugas berkhidmat untuk negara dan berada di dalam bangunan yang bertingkat-tingkat atau tak kisah kat mana sahaja anda berada atau sedang buat..tiba-tiba ada raksasa muncul meletupkan bangunan. sebijik dalam cerita Oltromen..gigit2 kereta dan musnahkan rumah2.. dan kemudian apa anda akan buat? apa anda fikirkan? apa akan jadi? sampai sekarang aku masih memikirkan kemungkinan akan berlaku perkara ini..


walaupun aku minat oltromen tapi aku xsanggup if ianya betul2 wujud.


2. Putra/Star/KTM/Monorail

- aku percaya setiap hari manusia yang bekerja di sekitar KL ni berebut-rebut naik public transpot seperti bus, dan KTM,Putra, Star dan Monorail. sebab aku pun tak terkecuali. bila time pepagi still ok sebab tak banyak bau yang dihidu, tapi if dah petang sket tu paham2 jela. dan aku juga sempat terfikir..kalaulah tiba-tiba, ada pihak dengki dan konon-kononnya pengganas dia lepaskan bom asap beracun. nak-nak if masa tu Putra tengah bergerak laju. pintu kat kiri, kanan tak leh bukak sebab memang di tengah2 udara . eh paham ke maksud aku ni..contoh perjalanan dari stesen Ampang Park ke Damai..kan takda daratan tu. if nak bukak pintu dan meloncat keluar pun mesti mati sebab jatuh kat jalan raya. macamana nak selamatkan diri? then pihak berwajib memandang berat tak ni semua? isu keselamatan?



sebelum naik atau bila naik aku mengucap dulu..takut.

3. Makan di Tepi jalan/Kedai makan

di suatu pagi yang hening. pagi ahad. bukak mata terus teringin nak makan roti telur. malas masak dan ajak si suami makan di kedai feveret akak bintik seksyen 2 wangsamaju. makan sambil bergelak manja, bergelak ketawa, santai semua. bila perut dah kenyang si suami duk diam baca surat khabar (focus) dan aku duk termenung, sambil tu terfikir la..macamana la if tiba-tiba tengah duk melepak kat kedai kopi/warung -warung tiba-tiba ada orang naik motosikal dan tembak aku yang tengah makan/berehat kat kedai tuh. tak pun lempar bom tangan ke..adeh mesti sakit. memang la mintak dijauhkan tapi tak mustahil kalau ia berlaku. Nauzubillah..


tembak laju-laju mesti keluar banyak darah kan?

tak mustahil benda-benda kat atas akan berlaku, tapi yang oltromen mungkin tak la kan? sebagai manusia kita perlu banyak beringat. kematian hanya beberapa jengkal dari kita.. tak jauh pun.

pagi Isnin yaww

Salam di hari Isnin,

Bangun pagi, celik mata tetiba ada lelaki kat sebelah..omg..

terjaga pun sebab laki ni peluk2..dari belakang..eh melampau..

tetiba perut rasa macam kena tendang..main kasar yer

tak boleh jadi ni..

perhati muka dia betul2..usap2 perut yang kena tendang tadi..

eh..suami aku la..hahhahaha

dalam perut ni pun sepakat nak kejut aku...baby mama kejut solat subuh..

tu asyik gerak-gerak, tendang mama suruh bangun ihihihih

May 20, 2011

angin semacam di hari jumaat

Salam Satu Dunia..wah jauh aku memberi salam kan? hihiih peduli apa. ok harini dah jumaat, wah rasa malas nak pergi kerja. ikut rasa hati aku ni nak je aku balik dan sambung tidur. tapi atas kesedaran yang aku ni makan gaji kena la masuk office. tak comment banyak pasal office sebab tak da benda yang menarik pon. bosan adalah.

cuma semalam aku penat tahap belut la, jamm kat JJ wangsamaju. binawe sungguh rupanya ada JJ card. so sale gegila la. tapi bagi aku yg sokmo g JJ tu dah taw harga dia memang cmtuh. tak berubah apa pun. ni la trick tempat membeli belah dari dulu lagi. aku g JJ pon sebab anak aku ni tringin nak makan BigAppleDonut. so melangkah la jugak.

angin ok, aku tunggu laki aku hampir 2 jam setengah so aku macam orang gila merayau-rayau dalam JJ tuh. last-last lepak kat BigApple je. penat bawak beg dengan perut lagi. fiuhh..aku ingat aku la yang akan angin kan3? tup2 korang taw laki aku yang angin. masa tu ujan lebat, then bateri hp kong, dia call aku guna public la of cos. pastu aku bgtaw la jumpa aku kat kedai sekian-sekian.

sesampai je jumpa aku, laki aku dah tarik muka 14. ketat semacam. wah aku yang nak angin ok. aku tahan. aku sabar. takpa kasik can la kan. ok dalam otak ligat cari alasan kenapa laki aku yang perlu naik angin padahal aku dah naik kejung tunggu berjam-jam.

antara sebab yang aku rasa dia naik angin ialah:
1. dia stuck dalam jamm lama sangat ms balik keje, sbb naik kete dgn bos dia..smalam melawat office baru so sukar sket la..penat n stress.
2. bateri hp kong and kena cari public phone yang masih boleh digunakan.
3. hujan yang lebat and org ramai. jalan area rumah pulak polis/rela tutup sebab banyak kenderaan masuk JJ so takda tempat nak parking. stress lagi kena jalan jauh masa ujan lebat.

dan automatik otak aku pulak berfikir yang aku sepatutnya naik angin kerana:
1. dia msuk office baru bukan salah aku, then aku takda pun suruh dia datang JJ masa aku call petang tuh. dia yang suruh tunggu dia balik kerja n balik sama2. ikut plan awal pas beli donut aku nak jalan kaki balik je.
2. aku menunggu separa gila dengan beg yang berat n Qaseh asyik tendang-tendang semalam. penat jugak.
3. hujan lebat, then aku memang alah dengan air ujan. mesti macam nak terdemam.

lastly, malam semalam memang masing-masing berdiam diri. aku bawak diri sendiri. aku malas bukak mulut sebab aku taw mesti aku yang menang. malas nak fight la. hihiihihih. masuk bilik main game laptop dan cuba bertenang. masa ni la rindu kat arwah abah, rindu mak dan macam-macam lagi.

perut lapar then sms adik aku suh tapau nasi. kebetulan adik aku nak datang melepak sebab nak discuss menu untuk kenduri arwah bulan june nanti. sambil makan nasi, tangan ligat picit mouse main game then mulut bising complaint kat adik aku. sambil mengunyah sambil bebel. wah kenyang. bosan kalah main game. aku tidur. adik aku geleng kepala and gelakkan.

ada aku peduli? ahh biarkan. kan aku dah bebel. padam muka.

May 19, 2011

'Nak Join Bloglist Yaya Azura'

Salam semua,

oleh sebab tengah ada masa lapang and kebetulan terpengaruh dengan entry khas dari cik iesya http://arisyahjahirah.blogspot.com so saya dengan rela hati akan menjoin jugak la..sebagai blogger baru hope dapat kenal dengan yaya and semua blogger yang lain. hihiih

dengan rela hati jugak nak jadi Kakak Wafiq. owh layak ker? jadi kakak kuang3.

so tamatlah entry kali ni. fiuhhhh

May 9, 2011

Terima Kasih Ya Allah


Aku rasa aku sekarang ni dah macam tua dari usia sebenar la. Ok tahun ni bakal menginjak angka 26 tahun tapi kualiti hidup dan perangai aku semakin merudum. Ermm apa yang aku perasan ialah aku banyak sangat memendam rasa. Aku simpan semua dalam otak, dalam hati. So akibatnya aku jadi tertekan. Aku jadi negative, sayu rasa hidup sorang-sorang. Owh tolonglah.

Kalau time study dulu, aku lain. Yela, if time study dulu kawan semua depan mata. Hari-hari aku bercakap etc. Perasaan semua keluar. Habis masalah bila bercakap, gelak-gelak, then setel. Tapi sekarang dengan sapa aku nak gelak-gelak macam orang gila? Kawan office? Jangan harap ok, kang xprofessional kang.

So, atas kesedaran yang tak seberapa ni, aku try untuk jadi macam dulu semula. Walaupun tak mengadap muka kawan-kawan aku masa study dulu, aku nak jadikan belog aku ni sebagai tempat untuk bergelak sakan. Lebih kepada penceritaan, bukan sekadar luahan bila aku ada masalah, takda mood atau kesedihan tahap cipan.

Tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal ni, sebab utamanya, masing-masing punya komitmen berbeza. Takkan la nak paham orang lain dan melayan setiap karenah dan emosi 24/7. Suami pun boleh gila ok. Kesian suami aku. ihihihi sorry sayang, pasni i tak marah-marah sangat dah. I try to improve myself okes. Love you.

Sekarang kat tempat kerja kena bijak berfikir. Tak boleh terima sebulat-bulatnya, dan tak boleh terus kalah dengan perasaan macam tu ajer. Tak elok untuk environment mencari rezeki. Selagi boleh bersabar haruslah bersabar. Ingat tuh.

Dan semacam nekad nak lepaskan segala dendam dan kesumat. Kepada kawan aku wahai cik Nad saya mintak maaf atas segalanya. Maksudnya disini. Saya mahu hapuskan segala perasaan yang lepas-lepas dan saya mahu buka buku baru.

Lupakan apa yang pernah terjadi (maksud saya email yang dulu-dulu). Sesungguhnya saya minta maaf. Saya betul-betul mahu lupakan. Noktah. Harap tiada soalan berbangkit dari kamu. Ihihihihih

Allah takdirkan saya begini, berfikir begini dan bukakkan pintu hati saya. Syukran ya Allah. Puas sudah saya berfikiran negative. Kini tiba masa untuk diri yang baru. Saya mahu hidup gembira kerana hidup saya pendek bangat.

Saya tidak kisahkan dia, saya tolak tepi perasaan negative dan saya paham awak buat macam ni pon mesti awak ada sebab. Awak tak pedulikan saya walau saya depan mata. Tak apa. Allah ada. Ihihihih

Saya rasa lebih fresh. Saya mahu pulang. Akhiri kisah hari ini dan kemudian esok saya dengan muka baru. Dengan senyuman yang lebih lebar sampai ke telinga. Terima kasih ya Allah.

bILa Lapang


Uiksss bila dah lama tak datang bekerja semuanya rasa tak kena. Rasa rindu nak bangun lambat sket dari biasa, rindu air kopi mak buat, rindu nak belai2 yoyen, rindu nak ziarah kubur abah dan macam2 lagi. nak update belog pon payah gak. Cuti kerja mean cuti FB, cuti blog dan semua yang berkaitan dengan internet. Ok tadi baca blog budak glemer, latest entry berkisar kegembiraan dan juga luahan perasaan terhadap pakwe tercinta. Uwek.. hahhahaha bukan jelous but i think i am too old for that. Dah lama lepas zaman jiwang2 and kemaruk bercinta ni. Now bf pon dah jadi suami, so bila baca entry tu feeling dia kureng sketla. Btw, dalam diam aku doakan minah ni dapat bersama dgn bf terchenta ok.

Alhamdulillah atas segala nikmat yang diikurnia sekarang. Even agak bosan and suam2 kuku environment kat tempat kerja ni, tapi aku patut bersyukur atas kesenangan and kemudahan yang aku dapat. Tak terlalu straight dan aku lebih banyak masa untuk berehat.

For now aku berdoa semoga semua dipermudahkan je. Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untu kami sekeluarga. Aku banyak meminta kat Allah, dan dalam masa yang sama aku tak sedar apa yang aku dah ada. Macam tak bersyukur pulak. Astagfirullah.

simptom K disekeliling aku


Keikhlasan.

Harini mencari pengertian ikhlas dalam hidup aku selama ni. Ikhlas ke atas setiap perbuatan dan perkataan aku hamburkan pada orang sekekliling. Ermm. Kalau ikhlas mesti tak mengungkit, kalau ikhlas mesti tak menyesal, kalau ikhlas mesti tak rasa perasaan macam ni. Hantuk kepala ke dinding laju2 supaya darah kepeningan ni keluar cepat. Confuse.

Kesihatan.

Dah masuk hari kedua demam selesema, tidur malam tadi pun terjaga sebab sesak nafas. Tidur sampai pagi bukak kipas. Gila kental sampai sakit kepala otak menahan sejuk. Bertahan untuk tak makan ubat. Kasihankan Qaseh.

Kekenyangan.

Berjaya menyumbat perut dengan sebijik pau bertitik merah; pau inti kacang. Kemudian minum air masak agak banyak supaya rasa lapar cepat berambus pergi. Hati menjeruk rasa. Kasihan Qaseh, sabar ye, nanti malam mama makan lagi.hiks.

Kekesalan.

Tak elok menyesal atas apa yang dah kita lakukan. Benda dah nak jadi. Bukan kita dapat menghalang. Kalau manusia itu tahu apa kesan dan akibat masa hadapan, nescaya manusia tidak akan gunakan perkataan kekesalan/ menyesal.

Kebengongan

Andai dapat diputar masa, aku akan! Andai dapat ditarik kata-kata, aku akan! Andai dapat mengubah segalanya, aku akan!

May 7, 2011

Untuk baby Mama

Qaseh,

Apa khabar anak mama kat dalam sana. Mama harap Qaseh sihat dan gembira. Mama jugak harap yang Qaseh tak rasa apa yang mama rasakan saat ni. Hati mama sayu sayang. Mama seolah berkecil hati dengan seluruh dunia. Dengan orang di sekeliling. Mama nak menangis, tapi mama tahankan saja.

Qaseh,

Mungkin mama penat, sebab tu mama cepat ambil hati dengan setiap bait gurauan yang mama dengar. Mama lelah dengan keadaan sekarang. Mungkin terlalu banyak sangat berfikir, terlalu berfikir yang bukan-bukan dan yang tak patut.

Qaseh,

Sekarang di dunia mama sedang menyambut "Hari ibu". Semoga satu hari nanti selepas Allah izinkan kamu keluar dan bernafas di muka bumi ni, kamu akan menyambutnya bersama mama. Mama sangat excited kerana kamu, mama sudah layak bergelar ibu. Syukur, alhamdulillah.

Qaseh,

Semasa di awal bulan mama kandungkan kamu, mama sangat takut dan terkejut. Bersediakah mama untuk mengandungkan kamu. Diumur 26 tahun, terasa mama masih lagi seorang yang 'kecil'. Mama berdoa agar mama kuat untuk kamu. Kamu juga harus membantu mama. Sebab kita adalah satu.

Qaseh,

Setiap saat mama rindukan wan kamu. Rindu belaian dan suaranya. Wan tu ibu mama, nenek kamu. Wan kamu sangat hebat. Dia sangat tabah. Mama harap kamu sempat berjumpa dia, mama berdoa agar wan dapat menjaga kamu dan kamu dapat merasai kasih sayang wan. Sangat manis sayang. Percayalah.

Qaseh,

Sayang, kamu juga ada seorang atuk. Tapi, atuk tidak bersama kita lagi. Allah telah menjemput atuk menghadapNya. Jangan bimbang, mama akan tunjukkan gambar-gambar atuk kepada kamu. Akan mama ceritakan kehebatan atuk. Biar kamu kagum dengan orang yang telah membesarkan mama sehingga mama ada kamu.

Qaseh,

Mama nantikan kemunculan kamu di dunia mama. InsyaAllah, 3 bulan lagi mama akan berjumpa kamu sayang. Mama harap kamu menjadi anak yang soleh/solehah. Mendengar kata, taat, dan sentiasa sayangkan mama dan abah.

May 6, 2011

KESAKITAN MEMBARA











bila aku tengah marah biasanya ayat2 yang terbiasa keluar dari mulut ialah:


1. aku sepak kang

2. aku tampor ko laju2 baru kau taw


3. cilakoi

4. kuang ajo betul


5. siot, bengap nyer la perangai dia ni


6. sesudah makian keluar barulah nak istigfar..



Ya Allah xbaik sungguh. ya aku kurang sabar sangat2. sebab manusia2 kat sekeliling aku ni xbiasa menghormati org lain, xhormati hak org lain, dan xanggap org lain penting.


sesungguhnya diaorg adalah SELFISH - PENJUAL IKAN.

nota sipi* aku try upload gambar tetibe blogspot pakai format baru upload dah aku xreti nak edit..marah lagi ni










































K.E.R.A.S.A.A.N

S.A.K.I.T.K.E.P.A.L.A

B.A.T.U.K

S.A.K.I.T.B.E.L.A.K.A.N.G

K.A.K.I.K.R.E.M

P.E.N.A.T

L.A.P.A.R


entry kali ni xdpt mengulas panjang. kasihan