Nuffnang BH

Apr 19, 2011

yeaaahhhh 5 bulan... Alhamdulillah

Alhamdulillah, harini Qaseh dah cukup lima bulan (19/04/2011) ikut pengiraan doctor. Sungguh teruja nak scan tengok perkembangan dia dalam perut mama ni. Ihihih then hubby bawak scan di Klinik Alam Medic seksyen 1 Wangsamaju. Memang aku recommend kat semua ibu mengandung datang sini sebab doctor bagi consultant sgt la terbest skali. Cukup info akhirat dan duniawi. Terharu sangat bila nmpak Qaseh gerak2 dengan aktifnya. Doctor cakap Qaseh dah mula mendengar, so kena ajar/ bagi Qaseh dengar perkataan yang elok2 je. Perkataan pertama yang wajib bagi anak dengar ialah Allah. Haruslah elakkan mulut dari mengeluh, mengata, dan bercakap benda yang tidak senonoh. Nanti bila keluar anak mengikut apa yang kita selalu cakap masa mengandung.



Doctor tu bagi sedikit tazkirah, sbb ni anak pertama and if tgk size we all ni memang la kecik. So dia basuh cukup2 sebagai bekalan. Dia nasihatkan dalam otak kena target 10A atau seberapa banyak A yang kita nak untuk anak yang bakal lahir. 10A untuk SPM. Pastu cerita2 la pasal amalan yang perlu, surah2 yang patut dibaca, dan macam2 lagi. bagusnya doctor.


Aku mula2 dlm otak confident la SPM stand for Sijil Pelajaran Malaysia, memula terfikir la duniawi sungguh kan nasihat doctor bagi, but then after 10 minutes dia repeat SPM baru doc explain SPM stand for SAHAM PADANG MAHSYAR. Astagfirullah. Malu sekejap. Pastu dia explain la lagi, A yang pertama is Allah. So semua amalan, apa2 zikir mesti ingat Allah, A kedua untuk Amal. Dan dia suh aku fikirkan A seterusnya untuk anak aku nanti. Ikutlah if nak anak cemerlang 5A ke, 6A ke.


Aku memang respect habis kat doctor ni. Dahla pandai, ingat Allah, tugas mulia bantu orang sakit, buat amal menyebarkan ilmu. Alhamdulillah bersyukurnya bertemu orang begini. Doctor juga nasihatkan supaya aku ajar Qaseh 1 word 1 day. Wah jadi cikgu sudah. Hiihihi


(ni dapat dr web nih info Baby comel & ibu mithali)