Nuffnang BH

Mar 29, 2011

Situasi dan persoalan:

Situasi dan persoalan:


1. Aku berlegar2 di didepan KFC, mundar mandir memikirkan apa yang patut dibeli untuk mengalas perut. Jauh dari kaunter aku berdiri betul2 di sudu kiri, agar tak menghalang orang. Selepas 10 minit, keputusan diambil dan terus Q. Malangnya budak perempuan yang kebetulan Q di depan aku masih lagi buntu dan termangu2 nak beli apa. Dan setelah sampai turn budak tu,pesanan yang di inginkan tiada. Dang! Dia tersenyum dan kemudian berfikir lagi. buang masa. Setelah 2 minit tercegat buat aksi manja2 anjing, “ takpelah..saya tak jadi order”. mungkin aku patut suggest kat dia berdiri di sudut kiri pikir kembali apa patut dibeli.

2. Duduk makan2 di shopping complex, juga restaurant makanan segera (patut semakin gemuk..asyik melantak fast food), betul2 sebelah meja dipenuhi remaja berbilang bangsa yang amat2 tak menghormati hak awam orang lain. Memekak seolah berada di kedai mamak. Sama juga keadaan di dalam LRT, membuat bising sudah menjadi kebiasaan. Tidak menghormati orang lain dan hilangnya sifat malu dalam diri sudah menjadi budaya. Sebati dalam diri.

3. Masih mencari2 identiti sendiri di dalam blog. Mahu jadi seperti si berani, si skema atau si gila. Masih terpusing2 mencari jawapan. Last2 pening. Jadi diri sendiri la.

4. Golongan yang kuat, kaya dan berkuasa menindas yang lemah, miskin dan tak punya apa2. Adilkah semua yang berlaku? Layakkah sebagai seorang hamba, manusia menuduh dunia ini tidak adil? Marahkan takdir? Menyalahkan Pencipta ke? Astagfirullah.

5. Tangan, kaki, perut sejuk. otak mengecut. behenti menulis dan berfikir. mahu pulang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.