Alahai Alahan Semasa Mengandung

dieya
3
Pandang kiri pandang kanan okey nekad nak menaip juga untuk entri kali ni. Alhamdulillah kesihatan bagus. 

Cuma betul-betul sibuk semenjak dua menjak ni ditambah pula keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. 

Sekarang ni setiap masa asyik dengar pasal orang bersalin dan mengandung. Sampai jadi takut. Sekejap rasa ok sekejap rasa tak. 

Majoriti cerita-cerita yang didengar semuanya mengerikan. Yelah pengalaman pertama kali. Hari ni genap empat bulan bayi dalam perut. Harap-harap baby sihat.


Alahai Alahan Semasa Mengandung 

Next week baru pergi check dekat klinik ibu mengandung Sri Rampai. Oleh sebab pack sangat kat sana so memang nurse yang decidekan tarikh buka buku dan appointment. 

Bila tenguk perut sendiri, bila usap macam perut aku ni kecik je lagi. Macam tak da isi pon ye. Takpelah padan la kot dengan size aku sekarang ni kan. 

Kalau boleh nak perut kecik-kecik je, biar senang nak bersalin nanti. Jangan la jadi apa-apa yang buruk masa aku bersalin nanti. Takut.

Dalam hati sekarang just takut je. Pagi tadi MrHusband tanya bila waktu sesuai nak beli barang-barang baby. Kelakar pulak. 


Tukar Status - Bujang Kepada Isteri


Then masa dalam Putra terfikir yang hidup aku akan berubah tak lama lagi, dah nak jadi seorang ibu. Lain pengertiannya. Kena tunjukkan contoh yang baik, tak da lagi perangai budak-budak yang tak senonoh.

Dah masuk empat bulan ni, asyik nak buang air kecil je. Tak tahan betul. Yang buat jadi geram bila sikit je air kencing yang keluar. 

Penat tahu jalan jauh ke tandas. Mujur la keadaan office yang ok. So bebas la nak kesana kemari.

Semenjak mengandung aku memang agak kerap demam. Cepat sejuk kaki tangan dan lapar. Bila demam yang rasa nak menangis sangat-sangat. 


Ibu Mengandung Tak Boleh Makan Panadol?


Dalam otak aku kawan-kawan / sedara mara pesan jangan makan panadol dan amik ubat yang bukan-bukan. So aku memang tak berani langsung sentuh ubat-ubat even paracetamol. 

Last time aku demam tahap kritikal dan tak larat sangat finally end up dengan jumpa doctor yang betul-betul membantu. 

Yang provide consultant untuk ibu mengandung juga. So dengan senang hati aku makan paracetamol. Tapi terkawal la. Cuma nak elokkan demam je.

Then, dari apa yang aku paham cakap dengan doctor tu ialah, body aku jenis yang tak boleh amik folid acid sebab folid acid tu hasilkan acid yang berlebihan dalam badan aku tu sebab aku muntah dengan teruk sepanjang hari. 

Doctor nasihatkan aku makan roti bakar dan air barli (aku tak suka ok tapi kena minum jugak) and try to avoid nasi for lunch mahupun dinner. 

Banyakkan makan epal sebab yang tu je buat aku tak muntah. Kita kena paham body kita, apa yang ok dan apa yang body reject. So till now, alhamdullillah berkesan cara doctor ni.


Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. wah..dasat nye..x leyh mkn folid acid..xpe2..mkn epal selalu..ok..:)

    BalasPadam
  2. baby suka epal, jmabu batu..tembikai mesti dia reject..adeh..now selang2 amik folic acid

    BalasPadam
Catat Ulasan