Nuffnang BH

Feb 17, 2011

Patutkah aku salahkan seseorang bila...


Patutkah aku salahkan seseorang bila dia menghancurkan harapan aku? Patutkah aku marah bila dia tak ada di samping aku bila aku betul-betul perlukan seseorang disisi selain suami aku? Patutkah hanya aku yang memahami yang dia mempunyai masalah jadi dia berhak untuk berlaku sedemikian rupa? Patutkah aku berlalu pergi dan mendiamkan diri? Patutkah aku yakinkan diri yang dia tidak dijodohkan berkawan rapat untuk berkongsi rasa hidup hidup di dunia yang hanya seketika?



Kali ini hati tidak lagi menyimpan perasaan marah. Tidak ada lagi kecewa atau terkilan. Tidak ada lagi rasa menjeruk hati. Dan tidak ada lagi sinar harapan.


Kerana aku yakin apa yang ditetapkan. Kerana aku belajar sesuatu. Bertahun juga aku cuba memahami apa yang Allah cuba sampaikan. Tiada jodoh.. Jadi aku redha. aku yakin ini yang terbaik. Aku tidak melarikan diri. Cuma aku rasa aku mahu jadi pemerhati. Cukuplah setakat ini.


1 comment:

Terima kasih sudi comment.