Nuffnang BH

Feb 10, 2011

my life....my family

Tadi selepas lunch aku teringatkan arwah abah. Kehilangan abah dalam hidup aku mengajar erti menghargai orang disekeliling dan kasih sayang. aku takla sekuat mana. Nak ulangi saat kehilangan tu memang rasanya tak sanggup. Tapi memang janji Yang Maha Pencipta, tiap yang hidup pasti mati. Aku juga suatu hari nanti. Tunggu waktu maut menjemput. Sebelum mati aku nak buat mak bahagia. Suami aku gembira, dan adik beradik aku bangga dengan aku.



Dulu masa sekolah rendah kan selalu kena suruh dengan cikgu buat salasilah keluarga, kena ada gambar rajah keluarga. Start dengan datuk nenek, mak abah, pastu adik beradik. Main tampal2 kat kertas berwarna. Sekarang aku ulang semula aktiviti yang dah lama aku tak buat.


Pertama kali aku post entry orang2 penting dalam hidup aku. kat bawah ni gambar adk beradik aku yang sepluh orang. Macam sket je bila masing2 dah besar. Macam xcukup. Memang xcukup sbb abah dah takda dalam gambar tuh. sedih. Yang sulong adalah abg yan. Seorang yang bertanggungjawab dan tegas. Payah nak gelak besar, pastu bila dia wat lawak kitaorg tak taw nak gelak ke tak, sbb selalu dia serius, so maca,m tak percaya dia wat lawak. Dia dah dikira Berjaya dalam hidup; dah jadi doctor, seorang askar yang ada pangkat dan ada family yang lengkap. No 2 keluarga kami juga adalah lelaki. Abang azaha yang kini stay kat umah mak mertua di sabah. So memang susah nak jumpa yang ni sbb jauh. Abang fevered aku masa kecik2. Skang dah segan nak manja2 sbb dah kahwin.


Dah masuk anak ketiga baru mak dapat ank perempuan. Fuh akhirnya ada anak yang boleh diharap bantu wat kerja rumah. Anak perempuan sulong ni namanya kak idea. Dia ustazah, dia kelakar dan keras hati. Kakak yang marvellous, hebat dan sporting jugakla. Kak normah anak no 4, dia suri rumah yang Berjaya; berdikari dan boleh dijadikan idola. Dia selalu fikirkan perasaan mak, dia fikirkan orang lain dan kadang2 terlebih prihatin. Dia tegas dengan anak2 dia. No 5 jatuh kepada kak la. Seorang guru bahasa arab. Orang kedua dalam family yang belajar kat oversea. Dulu abg yank at Turki dia jadi hafizah kat Mesir, owh jelous. Dia agak sensitive dan juga kuat nangis. Tapi dia semakin ok, sbb dulu bila gaduh dengan aku masa kecik2 mesti aku cakap aku nak putuskan hubungan adik beradik. Kelakar siot.


Ramai gila adik beradik nak cite, skang turn aku la plak. Takda ape nak gebang, aku adalah aku. bawah aku no 7 ialah wani. Masih single, masih study, dan masih belum berpunya. Seorang yang gila2 pembersih dan tabah. Cantik dia ni. No 8, adik aku yang paling gila2. Skepala dengan aku, imiginasi punya la tinggi. Matang dari umur dia. Nama dia kiah. Sempoi. No kedua last ialah lelaki, stelah 6 orang puteri baru kuar seorang lagi putera. Putera bongsu namanya ayoi. Darah muda, jiwang dan buaya. Hahhaha ayat manis xhengat kat awek2 dia. Puteri last sekali dalam family kitaorang, adik bongsu pilihan hati semua ialah ayu. Kesian adik, kecik2 abah dah takda. So manja dengan mak la. Adik matang, boleh diharap dan kelakar. Selalu salah cakap omputih. Hahhaha..mak aih panjang betul pasal family aku ni. Ikut hati 3 pages tak cukup lagi. tapi ckup2 la..aku introduce ahli lain plak.

(tara..sket je adik beradik aku)


( the best abah in this world)

Sbb gambar 1 family tah mana aku simpan (yang ada abah skali) so aku buat pica bah yang sorang2 la. Ni la abah yang paling baik kat dunia. Cikgu silat yang dihormati, berani gila cik amir ni. Kuat merokok dan bermacam lagi kebaikan  abah. Macam aku cerita kat sini - pemergiankehilangan-abah.
Ni plak orang2 baru dalam keluarga kami. Takda la baru sangat sebab ada yang dah beranak empat. Cuma sengaja asingkan nak tgk mana satu anak kandung mana satu anak orang lain yang kandung kih3. Aku tak payah ulang siapa kahwin dengan siapa la sbb aku dah tulis sipa2 nama diaorg. Ok boleh? Ada paham?
(ipar2)


Ni tambahan orang baru sbb ms tangkap gambar reramai nazim ni lari dari rumah.hahhahaha
Bila ada mak bapak mesti ada anak kan? Ha ni anak2 sedara hasil dari perkahwinan adik beradik aku. nak explain keR? Alamak ramai tuh..jap aku try. Fatin+nafiz+dina+anis = anak k.mah + abg man, ifah + nizam = anak k.ida + abg lie, maisarah + muiz = anak abg yan + kak nor. Ada lagi ank sedara aku cite kat pic bawah sket sbb diaorg pon takda masa kejadian amik gambar ni.
(besar2 dah anak buah aku)

Ha yang ni aku maksudkan tadi, ni gambar anak sedara plus orang baru dalam family gak. Baru2 ni baru tambah anak sedara baru. So xtgk lagi muka cmne..baby girl tapi boleh terlupa nama dia. Hahhaha
(keluarga d Sabah)

Sekian cerita pasal family aku. panjang gila karangan ni, macam boleh buat contest je hahhahaha.. next entry mana taw aku citer pasal kesayangan aku yang lain plak. Tgkla keadaan. insyaAllah.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.