Nuffnang BH

Feb 14, 2011

kesilapan lalu




Emosi memang tak tenteram. Sejak pagi tadi masa dalam train aku asyik terfikir tentang kisah lama. Berdendam ke aku pada kehidupan aku yang lepas. kehidupan aku sebagai pelajar. Kenapa aku tak menjadi seorang student yang bijak? Kenapa aku tak dapat pointer yang tinggi? Kalau aku dapat mengubah diri aku dulu mesti sekarang aku boleh berbahagia. Berbangga dengan apa yang aku mungkin miliki. Tapi semuanya macam dah terlambat. Aku macam merosakkan segalanya. Masa depan aku.


Sekarang apa yang aku rasakan adalah sesalan. Menyesal kemudian tak berguna. Ya aku tahu. Tapi rasa itu tetap hadir dalam hati. Aku tetap gagal menerima hakikat dan kenyataan. degilnya hati aku. sedih menerima kekalahan dalam kehidupan. Rasa kecewa mencengkam dan aku rasa amat payah untuk bangkit sekarang.

Aku tak lagi kuat macam dulu. Aku lebih banyak mengeluh dan menangis. Meratapi takdir. Aku menyalahkan diri atau aku salahkan takdir? Astagfirullah.

Aku sudah jemu dengan kesusahan. Aku sudah jemu dengan kemiskinan. Aku sudah muak dengan semua kepayahan. Salah aku. mudah berputus asa. Berdosanya aku mempersoalkan. Dan akhirnya aku jatuh terduduk dan tertekan. Aku sudah penat membandingkan diri dengan kawan-kawan yang sebaya dengan aku. membandingkan kejayaan yang mereka perolehi. Membandingkan dari segala segi. Aku kalah lagi. aku loser.

Menjadi seorang yang kalah dan aku rasa sangat sakit untuk bangun . benci sungguh rasa ini.