Nuffnang BH

Jan 24, 2011

tekanan yang menekan


Hari yang aku benci. Isnin. Minggu ni mulakan kehidupan yang betul2 menyampah. Kesihatan yang kurang mengizinkan. Layanan dari orang sekeliling yang menjengkelkan, tekanan kebosanan yang melampaui tahap kesabaran dan kejutan2 yang datang tak putus2. Risiko atas setiap perbuatan dan keputusan yang di ambil betul2 buat aku hilang arah.


Cukup. Aku benci bila diri tertekan. Aku tak suka keadaan menguasai diri aku. aku lebih suka menguasai.

Ok. Ramai yang setuju yang mereka bencikan hari isnin. Sebab hari sebelumnya adalah ahad. Hari untuk berehat dan bersuka ria. Hari yang penuh dengan kegembiraan. Sebab tu bila isnin muncul segala kegembiraan diragut dengan kasar. Owh pedih terseksa.

Semasa zaman sekolah dulu, isnin amat dinanti. Hari ahad terasa panjang sangat. hari isnin la hari untuk berjumpa kawan2. Hari penceritaan sedunia apa yang berlaku pada hujung minggu, apa yang telah dibeli dan tempat2 yang menarik yang telah dikunjungi.

Bagi orang dewasa yang telah bekerja isnin tidak lagi menerujakan. Ceh cakap macam aku sangat dewasa je. Kan bagus tempat bekerja bagi kupon atau point yang dikumpul dan boleh ditebus pada hujung bulan jika hadir pada hari isnin. Pastu dapat voucher makanan, tak pon hadiah ape2 la.

Kan heaven.

1 comment:

  1. kalau ade tempat keje cmtu jangan lupe bgtau sama aku k :)

    well, mommy-to-be...jangan marah2, nanti anak kuar asek bad mood jek memanjang sbb terkenan mase ibu mengandungkan die dulu hehe...

    well, take care~

    ReplyDelete

Terima kasih sudi comment.