Pemergian, Kehilangan Abah

dieya
3
Berat jari nak menekan keyboard laptop berat lagi hati nak menerima kehilangan dalam kehidupan aku baru-baru ini. 

Kehilangan insan yang teramat penting dalam hidup aku. hilangnya satu permata yang tak mungkin ada penggantinya. 

Perginya takkan kembali lagi. tanggal 29 Disember 2010, merupakan tarikh yang cukup menyentap jiwa raga bila abah telah meninggalkan kami selama-lamanya. 

Kematian abah agak mengejut. Ya memang abah dah lama menderita sakit tapi malam tu abah nampak sihat. 


Pemergian, Kehilangan Abah

Abah masih berselera makan, berborak dengan ahli keluarga kalau ikut apa emak sampaikan. Agak terkilan kerana aku tak dapat berada di sisi abah semasa saat nafas terakhir abah. 

Masih terbayang dan terasa arwah ada bersama kami. 

Walaupun abah garang dan kadang-kadang buat kami adik beradik rasa jauh hati tapi rasa sayang tu tetap menggunung tinggi.

Semasa hayatnya, arwah seorang yang sangat mengagungkan tetamu. tak kira siapa pun yang datang kerumah pasti akan dilayan macam raja. 

Pantang ada yang kurang arwah akan cepat-cepat menambah atau membeli yang baru. Dulu, masa kecil aku selalu makan hati bila abah lebihkan orang luar dari anak-anak. 

Bila sedikit besar aku mula paham kenapa abah begitu. bila tetamu datang kerumah bermakna makan besar untuk kami sekeluarga. 

Masa itulah abah akan beli pelbagai lauk. ada ayam, daging, sotong dan macam-macam lagi. tujuannya satu; biar tetamu yang datang berpuas hati dengan layanan kami.

Arwah juga seorang yang penyayang cuma arwah tak pandai tunjukkan. arwah lebih terkenal dengan kegarangannya. mana tak nya, 

Dari kecik semua adik beradik arwah di ajar ilmu silat. abah adalah guru silat tapi pelik abah agak berat hati nak menurunkan ilmu persilatan kepada anak-anak sendiri. 

Abah lebih senang melatih orang luar berbanding kami. Mungkin kami adik beradik tidak menunjukkan minat yang mendalam. yang pernah belajar ilmu pertahanan diri pun cuma aku dan adik yang bongsu. 

Itu pun sekadar untuk sukan. Silat olahraga. pernah juga beberapa kali abah dijemput untuk majlis bukak gelanggang, menjadi jurulatih dan apa sahaja yang berkaitan dengan persilatan abah mesti bersemangat.

Kepantangan abah bila mak atau anak-anak masuk ke dapur adalah kebersihan. abah tak suka bila memasak atau berada di dapur tapi rambut tidak disikat atau diikat rapi. 

Jika ada rambut yang tak sengaja terjun dalam makanan dan lebih malang abah yang terjumpa pasti abah akan berhenti makan pada saat itu dan terus cuci tangan. abah geli katanya. 

Kami sentiasa berjaga-jaga takut dimarah abah. bebelan nya boleh tahan pedas. Abah juga akan marah kalau kami mencuci pinggan mangkuk dengan kurang cermat. 

Arwah tak suka bila cawan/pinggan kaca berlanggar antara satu sama lain. kasar katanya. Arwah memang suka manjakan cucu-cucunya. 

Kalau kami adik beradik semasa kecik jarang di ajaknya melepak makan breakfast di kedai bersama, tapi kalau cucu memang tak payah mintak pon arwah dah bawak. hurmm jeles-jeles. 

Cucu-cucu selalu menang bila nak pilih siaran TV, cucu-cucu selalu dapat duit raya, cucu-cucu yang selalu dicium, bila abah nak cium semua lari. abah ada misai, Tu sebab cucu-cucu geli bila abah cium. hahhahahah. 

Anak-anak cikgu yang mak jaga pon rapat dengan abah. macam atuk sendiri. sikit-sikit nak bawak jajan untuk atuk. 

Sekarang bila atuk tak de semua tanya-tanya mana atuk, kenapa tak bawak atuk pergi hospital, kenapa tak rawat atuk. sedih Allah je yang tahu.

Sekarang yang tinggal hanya kenangan. gambar-gambar abah, video abah, baju-baju dan barang simpanan peribadi abah. 

Aku doakan abah tenang disana. abah di tempatkan di kalangan orang yang beriman. setiap yang hidup pasti akan mati. dan aku semakin redha belajar menerima apa itu kehilangan.

Al-fatihah.
Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. takziah kak..

    akak sabar dan tabah ye..
    selalu la doakan untuk arwah ye..
    al-fatihah

    BalasPadam
  2. ermm hargai ibu bapa sementara ada. manusia selagi xmerasai kehilangan takkan begitu menghargai.

    BalasPadam
  3. takziah, odie. Yep, sgt setuju, hargai org2 tersyg selagi masih ada.

    BalasPadam
Catat Ulasan