Nuffnang BH

Dec 3, 2010

Tak Malu Ke Woi....

Tak malu ke woi.


Geram. Sakit hati bila naik tren dan nampakla makhluk bumi di Malaysia ni langsung tak de perasaan belas. Patutlah gejala seks bebas – hamil luar nikah – buang anak, rompak – rogol – bunuh, semakin tinggi sekarang ni. Aku cakap camtuh sebab memang dah kenyataan. ada ke patut kakak-kakak, abang-abang yang aku confirm sihat tubuh badan, tidak mengandung, tak pucat muka dan tidak cacat sewenangnya duduk dan berpura-pura tidur padahal ada budak-budak kecik dalam lingkungan bawah 5 tahun berdiri masa dalam putra. Tak malu ke woi. Kalau dipikir logik kan mesti korang yang dewasa ni lagi kuat dari budak-budak kecik tu. Bagi la budak-budak tu duduk. Dahla keadaan dalam putra tidak la begitu bagus. Aku memang marah betul if jumpa orang macam ni. Ikut hati yang panas ni memang aku nak sound dah, tapi kang gaduh pulak.


(auntie dgn baby duk tempat aku, tapi yg sbelah tu hati keras xbagi budak kecik duduk)


(dah lama berdiri baru ada yang nak kasik duudk, nasib la dik)

Macam pagi tadi, sebelah aku ada Chinese lady yang tempang. So dia berdiri dari stesen wangsamaju sampai la KLCC/kampung baru aku tak ingat. Itu pun pompuan sengal tu turun, if tak confirm tak dapat duduk lagi. aku punya la kesian, dah la berdiri pon tak stabil. Orang depan aku ni tak paham-paham aku dah buat muka masam kedut-kedut. Langsung tak paham la.

Dah banyak kali tengok orang yang tak bertimbang rasa ni, korang ingat la. Harini hari korang. Esok lusa mak, ayah, adik, abang, kakak, makcik, pakcik, sepupu, datuk, nenek, cucu, anak saudara korang yang akan kena. Aku sangat marah.