Nuffnang BH

Dec 8, 2010

Sharing is Caring

Setiap kali selepas solat selalu berdoa walaupun pendek agar aku selalu jadi yang terbaik di mata suami aku. itulah kerisauan aku selepas bertukar status. Manusia boleh berubah. Esok baik arini jadi kurang baik, semalam sombong mungkin arini sudah ramah mesra. Kemungkinan pasti ada. Jadi atas dasar kerisauan yang tak menentu, aku akan pastikan aku sentiasa di tahap yang cemerlang walaupun tak sebagus mana. Asalkan aku berusaha, jadi bila menghadapi musibah atau kegagalan aku dah sediakan alasan untuk diri untuk tidak terlalu kecewa. Sediakan payung sebelum hujan. Semua orang mahu yang terbaik dalam hidup mereka. Aku mahu orang yang aku sayang sentiasa suka, sayang dan menghargai aku. sempena tahun baru ni aku berazam nak jadi insan yang lebih bermakna. Nak Berjaya di dunia akhirat. Dulu aku sangat excited bila cerita hal kahwin, sama excited masa aku kecik2 dulu tak sabar nak jadi dewasa. Tapi kenyataannya menjadi orang dewasa atau pun berkahwin bukanlah seindah atau semudah yang disangka. kena tipu da. Payah doh. Bila dewasa kena pikul tanggungjawab, dah berkahwin pun sama. Besar sangat. dulu fikirkan diri sendiri sekarang dah berdua. OMG. Bila dua manusia yang berbeza tinggal bersama pasti akan ada konflik. Paling simple aku boleh bagi contoh ialah berkongsi barang harian bersama. Dulu guna sorang-sorang, now dah kena kongsi. Bukan senang ok. Terima hakikat. Kena jadi fast learner dan ikhlas untuk terima perubahan yang agak besar. So sempena maal hijrah ni, memang kena sangat la waktunya. Berubah menjadi orang baru.