Nuffnang BH

Dec 15, 2010

seekor aku

seekor aku.

aku yang sedang menulis sambil berfikir apa yang patut ditulis.
aku yang dulunya tak pernah kering idea untuk buat kawan2 aku gelak kini dah separa nak mati setiap kali tulis entry. idea hilang.
aku sekarang kurang minat untuk menaip. banyak untuk dikongsi tapi mood lari jauh2 100 meter dari aku.
suasana sekarang yang kosong sekosongnya buat aku bertambah blur.

seekor aku.

aku masih lagi gagahkan diri untuk mengisi masa lapang.
entah esok, lusa, tulat, tulit aku tidak lagi merasa nikmat heaven seperti sekarang.
merasa aman untuk seketika kerana berjaya lari dari perang.

seekor aku.

jam dah hampir 5 tajam, jadi waktu pulang yang paling dinanti
otak ligat berfikir menu paling sesuai unutk santapan malam ni
tak payah masak, buang masa dan tenaga, jadi mari membeli

seekor aku.

setahun berlalu..tiada perubahan
selepas dua tahun masih begitu
tahun ketiga mungkin aku tak akan merasa heaven seperti sekarang.

seekor aku.

segalanya mungkin
segalanya pasti