Nuffnang BH

Dec 3, 2010

emo 1

Dah seminggu aku duk peram entry ni. Semangat berkobar-kobar nak update last-last end up dengan click save button je. Badan aku penat. Stamina tak cukup kuat. Pastu tiap-tiap hari ada je aktiviti aku buat. Then tidur pon lewat. Cuaca pulak sekarang asyik hujan je. Memang masyuk kalau tidur. Nak tidur kat office? Jangan harap. Macam biasa enam tajam dah ready nak out from office. Normally dah tak hujan sangat, if hujan pon still aku redah jugak sebab memang dah niat nak balik enam tajam jugak. Rutin yang agak membosankan kena turun naik tren. Padahal aku guna putra je. Itu pon dah dikira membosankan hidup. Arini aku menderita sket leher terkehel, salah position masa tidur malam tadi. So aku dah macam separa robot control pergerakkan ni ha.


Pernah seorang uncle berkata “jangan terlalu emosi dalam setiap perkara, menghambur segala rasa bila ada yang tak kena, kelak diri sendiri yang merana”.

Buat aku terfikir dan berfikir terus menerus. Macam tahu-tahu pulak yang aku memang tengah ada work crisis ni. Aku tak suka tapi aku teruskan. Terpaksa teruskan. Dan keberkatan tu jadi kurang la. Hari-hari belajar motivate diri yang aku akan mengubah nasibku.

“selalu bersangka baik pada semua orang, dan percaya apa yang kita nampak dengan mata kasar tak semestinya adalah benar”.

Terima keadaan seadanya. Saya pasti akan membesar dengan sempurna.