Nuffnang BH

Nov 24, 2010

TomBoi..

Dulu aku ada kawan. Kawan aku ni pompuan. Tapi dia ganas. Dia tomboy. Dia banyak kawan lelaki. Dia kawan lelaki sebab dia rasa dia lelaki (kot). Dia tak suka perempuan lemah lembut tapi dia suka kawan perempuan gedik. Sebab kebanyakkan kawan2 dia yang gedik tu cantik2 (bolehla). So rasa macam gelemer la kawan pompuan gedik yang cantik (bolehla). Kawan aku yang ganas ni merokok. Dia rasa lebih ‘lelaki’ bila merokok. Nampak macho. Sedut rokok dan hembus asap buat bentuk bulat2. Suatu hari masa melepak bersama, dia ajak aku try merokok. untuk permulaan dia suh aku hisap shisha. Sedap dia kata. Aku geleng kepala. Letak jari telunjuk di bibir dan kemudian goyangkan kekiri dan kekanan di udara. Dapat bayangkan? Tak? Baik lupakan. Aku jadi kawan baik dia 3 bulan je. Tu pun sebab sebilik. Kami ada minat yang sama. Seni mempertahankan diri. Kami berlatih bersama, makan bersama, dan tidur bersama. Katil kami bersebelahan. Bila bosan aku akan pinjam hanpon dia main game sampai aku bosan semula. Tapi tu semua dulu. Kini kami dah jauh. Sejauhnya. Orang di sekeliling tak suka kami berkawan. Mungkin perempuan2 gedik itu jelous. Selepas 4 tahun berlalu aku dapat tahu dia dah berkahwin. Ada seorang anak. What the.. anak dia perempuan. Nama Shasha. Aku kata dalam hati. Hebat jugak lelaki tu tundukkan kawan aku yang tomboi  tu. Se’lelaki’2 kawan aku Berjaya jugak di perempuankan jugak. Akhirnya. Manusia boleh berubah. Menjadi yang baik atau jahat atau lebih baik atau lebih jahat. Percaturan hidup sangat hebat. Nasib akan berubah bagi mereka yang mahukannya. Aku rasa kawan aku mahukan perubahan. Jadi dia berubah. Tak kira apa orang di sekeliling kata. Apa juga dugaan dan cabaran. Dan bila teringat dia, baru aku sedar dia dah berubah dari perempuan menjadi wanita. Omg.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.