Nuffnang BH

Nov 9, 2010

cacing-an

Setiap orang dikurniakan kelebihan dan kelemahan masing2. Aku juga ada kelebihan dah kelemahan semestinya. Dimana wujudnya kelemahan adalah disebabkan oleh ketidakpandaian aku mengawal emosi,diri dan juga perasaan apabila berdepan dengan benda yang disebut dugaan atau ujian.


Aku menulis dalam keadaan marah kerana ada yang melanggar pantang larang dalam kehidupan aku. baru sebentar tadi dua orang kawan aku telah mendapat cacian secara pakej kerana melanggar pantang. Pantang pertama ialah menuduh tanpa bukti. Pendek kata, membuat kesimpulan bagi pihak aku dan menganggap apa yang disimpulnya adalah benar. Memang mencabar kebetinaan aku la kan? Dah la tidak bertanya. Menuduh itu bunga kepada fitnah. Malu bertanya sesat jalan kawan. Oleh sebab kau orang tak bertanya so dapatlah cacian pakej dari aku khas untuk korang.

Masih aku ingat suatu ketika dahulu, MrZ pernah mendapat cacian dari mulut aku yang tidak ada takaful ni. Bukan besar pun kesalahan yang beliau lakukan. Oleh kerana aku di didik dan di asuh oleh diri sendiri agar menepati masa maka sesiapa yang berjanji dengan aku haruslah sampai pada waktunya. Jika lambat hatta 5 minit cacian adalah habuan nya. Lihat..adakah anda dapat lihat kelemahan aku disitu?? Ya kurangnya sabar. Aku bukan manusia yang berhati binatang, jadi aku maafkan andai diberitahu akan kelewatan sebelum kejadian. Ingat memberi alasan selepas datang lambat adalah perkara sia2. Kerana bila cacian telah dihamburkan ia tidak boleh ditarik balik. Dan automatic telinga menjadi pekak untuk mendengar alasan.

Dan aku masih lagi sebal selepas menghambur makian. Sesungguhnya memaki makhluk ciptaan Allah tidak memberi apa2 faedah langsung tapi sekurangnya aku puas. Padan muka kau.