Nuffnang BH

Nov 23, 2010

Blackie di cabul

Tadi baru je BW then baca entry kat situ hampir/lebih dari 5 kali blogger tu tulis dem untuk entry yang pendek. Dan aku turut terpengaruh nak guna dem dalam entry kali ni. Hari ni masih lagi terperanjat dek kejadian semalam. Sangat marah dan tak tersangka dengan apa yang berlaku. Dah kena batang hidung sendiri baru la paham macam mana kekecewaannya. Macamana aku nak terangkan, nak tenangkan. Blackie dirogol. Ya dirogol oleh perompak yang tak berhati perut. Kurang hajar punya perompak, aku memang la tak berani nak pukul kau balik atau rogol kau semula tapi aku akan pastikan kau dapat balasan setimpal. Biar kau rasa.


Ceritanya bermula begini; dalam pukul 6petang setelah pulang dari kerja, aku suruh MrZ pick up aku kat LRT and menuju ke sebuah pasaraya yang besar. Niat aku nak tunaikan solat asar sebab tak dapat nak solat kat office then teruskan niat nak bayar bil api dan air. Walaupun internet di hujung jari, pembayaran secara manual lebih praktikal bagi aku. mungkin sebab tak nampak cashier tu koyak bil and pas kat aku resit selepas bayar jumlah duit so aku lebih senang berurusan di kaunter walaupun menunggu lama(tipu..aku xsuka tunggu..lama sangat aku blah bayar hari lain). Setelah selesai urusan solat, makan dan bayar bil jam dan tunjuk kul 7.30malam. aku cadang nak solat kat rumah sebab badan dah busuk. Semuanya harus ditukar. So dengan riang hatiku perut dah kenyang melangkah balik ke parking area. Kami parking di kawasan tengah2 yang ada sign ‘K4’. Kawasan yang agak berbau tapi masih ok. Buat pengetahuan semua bukanlah sekali dua datang ke pasaraya yang besar tu, dah banyak kali dan macam dah percaya sepenuh hati. Percaya harga yang murah dan berpatutan, percaya barang-barang segar dari ladang, dan percaya dengan management termasuklah layanan staf2 serta faktor keselamatan.



Apa yang berlaku; jalan cepat2, dah nampak blackie then OMG. Pintu sebelah driver telah di umpil kuncinya(tak tipu aku xtaw umpil tu apa aku tibai je). Dan button dah unlock dan bawah tempat seat driver yang besenya MrZ letak kasut tu dah berselerak dan mata terus meliar check apa yang hilang. Dem. Blackie dirogol. Blur sekejap. Air Muka MrZ berubah, aku bila dah gelabah mula banyak bercakap. Mata melilau cari security guard dan setelah 10 minit macam orang hilang arah baru dapat panggil security guard yang menunggang basikal (tak nampak gagah). Hasil perbincangan amat menyakitkan hati, guard buat muka bodoh dan seakan menganjing marahkan kami tinggalkan barang berharga dalam kereta. ( hello im not stupid ok, dah bawak semua yang penting, perompak yang bodoh nak gak rogol blackie) rasanya macam cakap dengan tiang so tak puas hati naik atas cari security room (tujuan asal adalah murni, jangan biarkan perompak bermaharajalela dan mengharapkan pihak security dapat buat sesuatu untuk mencegah kejadian buruk tidak berulang kepada pelanggan yang lain. Jumpa guard yang bertugas (pon macam tiang), buat aduan dan tulis report. Bukan lega, tapi bertambah sakit hati bila guard yang ni pon sama je. Dia cakap, “pihak kita tak kan bayar ganti rugi sebab kita dah tampal amaran yang segala risiko ditanggung oleh pelanggan bila parking kereta. Jadi pihak encik tak akan bayar apa2 la ye, kerosakan pintu kereta saya encik? (tanya kami dengan ikhlas) dan guard menjawab ‘bukan awak sorang je kena macam ni, kita tak akan bayar. “ shit. Dem. Tanya lagi apa nak buat lepas ni? “ ok awak dah report kat sini awak boleh report kat balai polis...ayat mati disitu..




(dlm security room)




Selepas itu; Ternganga dengan apa yang berlaku. Macam ni perangai security guard di pasaraya besar layan pelanggan setia macam kami? Bukanlah suruh ganti pon, budi bahasa mungkin dapat merubat hati kami yang sedih bila tengok blackie dirogol. Aku harap orang lain tak terkena macam kami. Berhati-hati tak kira dimana anda berada, jangan bawak beg yang boleh menimbulkan keghairahan perompak untuk merompak padahal beg tu kosong je. Banyakkan baca zikir sebagai pendinding. Jangan tinggalkan barang berharga dalam kereta walau sebiasa mana anda dengan persekitaran. Cepat2 baiki lock/alarm kereta anda jika rosak dan terpaksa dikunci manual. Selepas kejadian, withdraw duit dan menuju ke workshop suh leng chai pasang alarm yang baru. Kesilapan berlaku bila kami lengahkan nak baiki alarm sebelum kejadian so perompak ambil kesempatan.





 
nota kaki*blackie sejenis kenari yang sensitif dan mudah terasa.