Nuffnang BH

Nov 16, 2010

Berkorban atau terkorban.

Salam Aidil Adha


Sempena raya korban yang jatuh esoknya aku secara automatic menaip entry berkisar tentang korban, pengorbanan, dikorbankan mahupun mengorbankan.

Dan Pada suatu pagi tak lama dahulu, aku sempat mendengar ceramah motivasi dari seorang encik lelaki, topic yang dibincangkan adalah berkorban atau terkoban. Berkorban adalah orang sudah/sentiasa/ dan bersedia untuk melakukan sesuatu perkara. Maksudnya dengan ikhlas hati melakukan sebarang perbuatan. Tahu kesan dan akibat namun masih tegar bersetuju untuk meneruskan perbuatan tersebut.

Manakala terkorban adalah orang yang tidak bersedia dari segi mental, rohani serta jasmani serta sedia mengetahui akan buruk baik kesan akibat tindakan. Maksudnya yang terkorban adalah yang TERPAKSA.

Pendek kata beza orang yang berkorban dan terkorban adalah BERKORBAN MAKSUDNYA BERSEDIA MENGHADAPI APA JUA KESAN DAN AKIBAT DENGAN RELA HATI. Orang yang bekorban juga sedia maklum kerugian, kepayahan, kesedihan, kesusahan, merangkumi kesan positif dan negative.

Sama juga kesnya manusia yang lahir waktu dahulu kala berkorban untuk kesenangan generasi sekarang. Dan aku bertanya diri sendiri, cukupkah pengorbanan selama ini atau aku sering terkorban? Terpaksa melakukan sesuatu kerana tiada pilihan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.