Nuffnang BH

Nov 11, 2010

Aku yang terpilih

Pernah tak berlaku dalam hidup korang yang kawan2 baik atau kawan tempat kerja bagitaw satu rahsia besar kat korang pastu dia cakap, ‘janji taw jangan bagitaw orang lain, kau je yang taw ni’. Dan keadaan yang macam tu banyak kali berlaku kepada aku. aishh kenapalah aku? rata2 kawan yang agak rapat menceritakan masalah a.k.a rahsia hidup kat aku. mungkin sebab aku ni seorang pendengar dan pemberi pendapat yang bagus atau pun aku memang suka menyibuk hal orang lain. Aku sendiri keliru. Bila seseorang memberitahu dan berkongsi rahsia suka duka, kita yang mendapat kepercayaan seharusnya amanah dan tidak membocorkan rahsia beliau. Baik saya paham. Dan atas kefahaman itulah; perlunya menyimpan rahsia orang dan saya merasa amat sengsara sekarang. Perasaan membuak-buak ingin bercerita tentang rahsia yang disimpan. Nak2 bila time lunch hour, mulut ni ringan je. Tapi setakat ini rahsia masih tersimpan rapi. Aku harap2 takde lah terkeluar atau terlepas keluar. Jangan sampai hilang pertimbangan sudahla. Bak kata pepatah jangan pecah di mulut biar pecah di perut. Eh kelakar. Ok diam.

Perasaan tu bukan dibuat2 tapi hadir tanpa rela.

Aku selalu menjadi tempat persinggahan sementara kawan2 aku menceritakan masalah diaorang, atau aku yang menyinggah dalam hidup diaorang; baik cerita cinta, kerjaya, kehidupan, keluarga dan macam2 lagi. Bolehlah diibaratkan macam R&R (rawat & rehat) – sebelum ni tak pernah ambil tahu makna R&R. Kebanyakkan masalah2 yang dikongsi macam pernah aku dengar atau aku alami. Macam aku tua sangat je. Cis. Jadi secara jujur aku berikan pandangan dari kaca mata aku(takde aku tipu aku tak pakai spek pon). Ada yang boleh terima, ada yang buat derk jer. Suka hati korang lah sebab hidup korang. Yang buat keputusan dan menerima kesan tindak balas adalah korang jugak. Bukan aku. ambil yang cerdik buang yang bodoh.