Nuffnang BH

Nov 22, 2010

aku dan kerjaya

Dulu aku pernah janji pada diri sendiri yang aku akan belajar sungguh-sungguh dan dapat kerja yang bagus dan yang aku suka. Aku tak akan buat sesuatu yang aku tak suka. Dan bila aku dah dewasa baru aku sedar yang janji yang aku buat dulu-dulu memang aku tak boleh ditunaikan. Sebabnya: aku terpaksa sambar apa saja peluang yang ada depan mata. Ingat senang ke nak cari kerja yang tak perlu pecah otak, gaji lumayan, dan disukai ramai.  Dan akibatnya aku ter ‘kerja’ kat sini. Aku tak paham sampai hari ni apa sebenarnya kerja aku kat sini. Apa aku buat walaupun dah berpuluh kali orang-orang atasan aku terangkan; JD aku. nampak tak semua bahawa aku sangat tidak menyukai pekerjaan sekarang. Aku rasa kosong. Aku harus bersabar kerana aku terpaksa, walau aku tidak sukakannya. Agak emosi entry mengenai pekerjaan ini. Fiuhhh bukan aku tak cuba nak suka kan diri dan ikhlas terima semuanya. Tapi hari-hari aku motivate dan fikir fositif hasilnya tetap sama. Aku dah tak larat. Yea memang la macam seronok tiap-tiap bulan dapat gaji tapi kerja tak seberapa. Tah hapa-hapa. Keberkatan tak ada. Makan gaji buta. Aku marah. Dan tadi semangat semacam menggila, meminta pendapat guru besar. Langkah bijak adalah menulis surat pemindahan aku ke department baru atau JD yang baru. Gerun jugak. Kesan dan akibat yang tak terjangka. Alamak takut. Semangat yang tadi sebesar bapak gajah sekarang dah bertukar jadi seekor semut. Dan tunggulah hasilnya. Dengan bantuan pak Google aku search sample letter of transfer, copy paste, edit apa yang patut dan click butang send to guru besar. Harus ditapis oleh guru besar sebelum dihantar ke bos guru besar yang tak macam bos sangat tu.hahahh.saja gurau bos. Menanti guru besar reply. Dan terperasan tadi, dari sample yang dibaca employee yang memohon/menghantar surat terbabit adalah employee yang dah bekerja lebih dari 1 tahun. Aku? baru je 6 bulan dah mintak transfer?hahhahaha hanya aku yang paham kenapa begitu. Ye aku sedar tindakan aku akan mengakibatkan orang lain buka mata. Mungkin seangkatan akan menelan air liur, dan semestinya ada yang akan cari pasal. Tapi tak apa, Allah menolong umatNya yang berusaha. Aku sedang merubah nasibku. Moga dipermudahkan. Amin.

4 comments:

  1. Odie, bersabar ya dalam meniti hidup ini. Cikand mengerti, sudah lama kamu bersabar. Ciknad hanya mampu mendoakan yg terbaik untuk kamu. Lain org, lain pula cabaran dan masalah yang menimpa.

    ReplyDelete
  2. babe..atleast u made an effort tu change ur current JD. like u said, allah bersama orang yang berusaha :)

    ReplyDelete
  3. ciknad..kadang2 rasa hilang Sabar dengan hidup.tapi xboleh mengalah..

    ReplyDelete
  4. bey..perubahan selalu menakutkan..benci bila terpaksa buat keputusan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi comment.