Nuffnang BH

Oct 11, 2010

sambungan..evaluation

Selepas menaip entry berkecamuk tadi aku teruskan dengan luahan hati aku tentang tempat kerja. Wujudnya entry ini kerana saya kurang menyukai tempat saya bekerja. Ini adalah disebabkan;


Saya akan mengantuk macam orang yang penat sangat tak tidur sepanjang malam padahal masuk tidur awal malam sebelumnya.

Saya akan tertidur dan kepala terhangguk-hangguk bila terpaksa membaca manual guide, brd atau apa-apa yang seangkatan denganya sebelum memulakan testing.

Saya dan rakan sepasukan akan berpura-pura ada kerja (padahal surfing internet) untuk mengelakkan dimarah oleh PM. Meneruskan kepuraan sepanjang hari sampai pukul 6.

Merasa seakan berada di timur tengah. Dikelilingi orang-orang bukan warganegara Malaysia betul-betul buat aku menyampah. Muntah melihat perangai dan aku boleh mati jika keadaan berterusan hingga 5 tahun.

Berdoa setiap saat semoga cepat pukul 6 petang mahu balik ke rumah, dan melakukannya setiap hari.