Nuffnang BH

Oct 11, 2010

evaluation.

Aku memang suka memerhati, tak kire la orang ke, haiwan ke, tumbuhan ke, atau diri sendiri, pas memerhati aku akan mengkritik dan bercakap-cakap dengan diri sendiri. Dah lama aku buat pemerhatian dan hasilnya adalah entry yang berkecamuk isi kandungannya. Sekejap nak cerita tentang perasaan, sekejap tentang kerja, sekejap tentang perasaan. Aishh. So tulis jela.


1. Mood menulis membuak-buak dan idea datang mencurah-curah bila aku berada dalam tandas. Nak share itu ini dan semuanya menarik. Tapi bila mata pandang screen laptop automatic idea hilang, kering kontang. Siot jer. Macam hampas.
2. Bila aku rasa lapar atau penat aku cepat jer marah-marah. Maksudnya lebih mudah marah dari biasa. Should minimise this weaknesses la. Sayang kata aku sangat baran dengan orang sekeliling. Owh yeke. Maafkan.
3. Situasi sekarang adalah; otak seperti sotong kering yang dijemur di bawah sinaran matahari yang terik di atas zink di tepi pantai yang ditup angin laut yang menyegarkan. Dapat bayangkan betapa seksanya aku melalui hari-hari di tempat kerja aku? angin yang menyegarkan agak tidak sesuai disitu. Jadi tukarkan kepada angin laut yang bertiup panas dan terik. Adeh panas.

4. Setelah berfikir selama seminggu dan akhirnya aku dapat juga buat keputusan. Lupakan yang lepas. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Aku lebih bahagia bila aku tidak bergantung pada mereka yang bernama sahabat.
5. Pagi tadi aku bencikan seorang hipokrit sekarang tidak lagi sebab aku rasakan orang tu bertindak mengikut keadaan. Jadi maafkan. Lagi pun aku tak kisah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.