Nuffnang BH

Nov 1, 2010

Entry Di Hari Isnin

Sewaktu berada di dalam tandas aku memang banyak berfikir. Entah aku seorang je yang macam ni atau ada beribu lagi umat lain yang senasib denganku. Berfikir dan terus berfikir sampai la kaki melangkah keluar dari rumah syaitan yang direjam tu. Otak akan secara automatic berhenti berfikir tentang apa yang difikirkan sebentar tadi semasa didalam tandas. Focus kearah tempat yang ingin dituju.


Aku terfikir kenapa harus memulakan setiap minggu dengan hari isnin? Menghabiskan 5 hari bekerja kemudian baru bercuti sabtu dan ahad. Alangkah penatnya berhempas pulas sebelum mendapat 2 hari berehat yang selama ini aku rasakan tak pernah cukupnya. Cadangan aku bagaimana kalau ditukar hari isnin dengan hari Jumaat. Ya. Memulakan hari bekerja dengan jumaat kemudian sabtu dan ahad masih lagi cuti hujung minggu dan isnin merupakan hari kedua bekerja. Mungkin persepsi isnin hari yang membosankan dapat dikikis. Mesti tiada orang akan kata “Monday Blues” atau seangkatan dengannya. Kemungkinan tetap ada. Kesan dan akibat seperti ramai pekerja bercuti pada jumaat memang ada tapi rasanya tak la seteruk yang disangka. mungkin kerana tidak biasa dengan perubahan ramai yang menolak, tapi sekurang-kurangnya perubahan dapat merubah sesuatu.

Dan aku masih berangan kalaulah hari ni hari jumaat..



2 comments:

  1. ak sama ngn ko.. dlm toilet, otak ligat befikir x henti.... hehehe~

    weh.. ak slalu terpk, why not isnin keje smpi kul 4.45 ja cm hr jumaat.so, monday blues tu dpt d krg kn sket.. hr jmaat x abes awl pn xpe, sbbnya sabtu ahad dh nk cuti kn?
    heee

    ReplyDelete
  2. hah ada pon senasib dgn aku hahahhaha.. bes gak kan keje smpi 4.45..kalau lah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi comment.