Nuffnang BH

Oct 20, 2010

bila aku sudah tiada

Bila aku bercakap..apa yang aku sampaikan pasti disalah erti. Mungkin kekurangan aku disitu, penggunaan kata kerja, kata nama dan seangakatannya yang tidak sesuai telah diguna pakai. Kurangkan bercakap..patut berfikir.

Bila aku menulis..juga ada yang terluka. Bukan satu, tapi dua atau tiga mungkin lebih. Akibat salah faham dek penulisan yang macam budak darjah dua lantas meninggalkan bekas luka. Terhiris pedih.

Bila aku berdiam diri..ada yang memaki (owh sebenarnya bersangka buruk..saja nak gunakan memaki nampak lagi kejam) konon aku lupa diri. Walhal diam itu lebih baik.

Jadi aku simpan dalam hati berusaha yang termampu jadikan diri lebih baik dari semalam. Ya aku pernah melakukan kesalahan. Bersangka buruk pada teman, ermm macam lebih bagus guna sahabat. Jadi aku ambil pilihan ketiga. Dan kadang-kadang kedua.

Jadi di kesempatan ini, (macam ucapan hari raya) aku dengan rasa rendah diri, hina lagi daif, kerana banyaknya kesalahan dilakukan dengan setulus hati memohon keampunan kepada sahabat, andai kata aku yang tersalah paham dan mungkin juga kamu tersalah faham dengan maksud penulisan. Aku mengundur diri bukan bermakna aku melupakan cuma itu yang paling sesuai dengan keadaan sekarang. Aku mahu ber - lari, aku lepaskan tanggungjawab kamu sebagai sahabat aku, aku mahu kurangkan beban kamu dan juga aku. kudaku lari gagah berani..


cantek tapi selalu kecewa..