Nuffnang BH

Oct 20, 2010

aku terfikir

Aku ada persoalan yang berlegar-legar dalam kepala otak sekarang. Jadi aku kongsikan bersama:

1. Suatu malam, dalam pukul 8 lebih aku dapat panggilan dari lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku suatu ketika dulu. Aku tidaklah terperanjat sebab dia pernah menghubungi aku sebelum ini. Suara yang sama, nada ceria yang sama yang lain, Cuma status dirinya yang berubah. Dia suami orang. Pernah dulu dia mengajak aku keluar minum dan lepak bersama, status aku masa itu tunangan MrZ dan dia suami orang, aku menolak dengan baik. Dan kini status aku berubah kepada isteri MrZ, pelawaan kali kedua aku tolak dengan alasan aku perlu mendapatkan keizinan suami jika mahu keluar. Dia terperanjat beruk. tak tersangka aku sudah berubah status. Persoalan yang terdetik di hati aku sekarang adalah, dia dengan status sebagai suami orang mengajak perempuan keluar minum (sebelum aku menjadi isteri orang). Bermakna dia menganggap perkara itu ok. (suami orang mengajak perempuan single but not available keluar minum berdua). Tapi andai kata perkara yang berlaku adalah sebaliknya, apa yang masyarakat fikirkan (perempuan single but not available mengajak suami orang keluar minum berdua). Mesti perempuan single itu dipandang keji. Dan suami orang bila mengajak perempuan single tidak apa, tiada cacat cela dan kejinya. Eh boleh ke macam tu?

2. aku dapat panggilan telefon dari kakak, yang uncle bear masuk hospital akibat serangan gout. Separuh anggota badan lumpuh dan tidak dapat berfungsi. Kejadian berlaku selepas balik dari kenduri perkahwinan kami adik beradik. Uncle bear merokok, ada blood pressure dan agak gemuk. Aku terfikir perkara ini ketika aku dalam perjalanan ke suatu tempat dan berada didalam teksi. Aku terbayang jika pak cik teksi ni mengalami nasib yang sama macam uncle bear, tiba-tiba mendapat serangan penyakit mungkin lebih teruk serangan jantung dan dia gagal mengawal stereng lalu terbabas. Apa akan terjadi kepada aku dan pakcik teksi? Mungkin maut menjemput kami. Paling kurang cedera ringan. Dan kerisauan selalu berlegar bila aku menaiki kenderaan tak kira bus, teksi, lrt, motor atau kereta suami. Oleh itu bersedia dengan apa jua kemungkinan. Maut dimana-mana.