Nuffnang BH

Oct 26, 2010

hadiah Perkahwinan..

semalam ok tipu 2 hari lepas saya telah menjengok blog kawan saya http://myyellowsunflower.blogspot.com/  and entry yang ditaip saya rasakan ditujukan kepada orang2 seperti saya (org yg baru bertukar status...). entry yang ditaip adalah berkaitan kerunsingan dia dalam memilih hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada bakal pengantin. Saya juga pernah mengalami dilema memilih hadiah terbaik yang rasanya berguna dan dapat men touching kan hati kawan yang mendapat hadiah tersebut. Maka saya telah tinggalkan comment yang pendek, sebab tak kan nak tulis berjela itu belog orang ok.dan saya kembali mengomen di belog sendiri. Ok ni list yang saya rasakan saya mahu (sebagai pengantin) jika tetamu yang hadir dan datang bawak hadiah..


1. Album gambar – bagi sesetengah orang nampak tak cool if bagi album sebagai hadiah. Tapi bagi saya yang telah dan baru berkahwin album sangat berguna. saya amat2 perlukan apatah lagi selepas mencuci gambar2 hasil dari majlis yang telah berlangsung. So bila pengantin buka hadiah dan dapat gunakan album tu, mesti dia kate “wah nasib baik si polan ni bagi album, xpayahlah nak beli album lagi, cantek plak tuh album ni..” seterusnya pengantin akan gembira.

2. Buku ilmiah – buku termasuklah segala bahan bacaan yang berbentuk ilmiah dan diyakini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Lebih baik jika buku yang diberi menyediakan tip2 untuk pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Selalunya buku2 saya akan cari di MPH. Memang banyak pilihan. Berdasarkan pengalaman, buku seperti ini sangat berguna kepada saya. Buku juga adalah salah satu barang hantaran yang saya beri kepada MrZ.

3. Set alatan memasak/dapur – okey untuk set ni mestilah lengkap dengan kuali,periuk, pisau, alat pembuka tin, senduk, sudu garpu, pinggan, gelas etc. Bila lengkap semua memang teramat gembira pengantin yang menerimanya. hihiihihih.. Tapi bagi ikut kemampuan. Untuk kawan baik sesuai la.

4. Voucher berbulan madu – ok yang ni memang nampak agak besar perbelanjaan nya dan perlu di refer kepada pasangan pengantin bila diaorang nak pergi honeymoon. Tapi ok what setakat bayarkan duit hotel dan suggestkan tempat menarik untuk pengantin bercuti. Dalam malaysia sudah. Bagi pengantin yang berfikiran macam aku, tempat honeymoon tak kisah dimana2 asalkan dapat bercuti dengan suami.

5. Pakej spa/ pedicure/ manicure – yang ni memang menbantu sebab selepas kenduri berlangsung memang banyak kerja yang dibuat. Penat memang tidak terkira. So apakata bagi hadiah yang macam ni supaya pengantin dapat merehatkan dan memanjakan diri selepas penat bertungkus lumus.

Okey dah. Cukuplah membebel. Ni saya type berdasarkan apa yang difikirkan aje. Harap ianya berguna. Segala hadiah yang diterima dari tetamu memang menggembirakan saya dan MrZ. tak kisah kecik atau besar. tak dilupakan terima kasih kepada semua yang memberi hadiah sempena perkahwinan saya. Paling utama DOA dari tetamu yang hadir supaya pengantin berbahagia ke akhir hayat. Amin...

Oct 21, 2010

Malaysia Boleh

love to share



the end


Oct 20, 2010

bila aku sudah tiada

Bila aku bercakap..apa yang aku sampaikan pasti disalah erti. Mungkin kekurangan aku disitu, penggunaan kata kerja, kata nama dan seangakatannya yang tidak sesuai telah diguna pakai. Kurangkan bercakap..patut berfikir.

Bila aku menulis..juga ada yang terluka. Bukan satu, tapi dua atau tiga mungkin lebih. Akibat salah faham dek penulisan yang macam budak darjah dua lantas meninggalkan bekas luka. Terhiris pedih.

Bila aku berdiam diri..ada yang memaki (owh sebenarnya bersangka buruk..saja nak gunakan memaki nampak lagi kejam) konon aku lupa diri. Walhal diam itu lebih baik.

Jadi aku simpan dalam hati berusaha yang termampu jadikan diri lebih baik dari semalam. Ya aku pernah melakukan kesalahan. Bersangka buruk pada teman, ermm macam lebih bagus guna sahabat. Jadi aku ambil pilihan ketiga. Dan kadang-kadang kedua.

Jadi di kesempatan ini, (macam ucapan hari raya) aku dengan rasa rendah diri, hina lagi daif, kerana banyaknya kesalahan dilakukan dengan setulus hati memohon keampunan kepada sahabat, andai kata aku yang tersalah paham dan mungkin juga kamu tersalah faham dengan maksud penulisan. Aku mengundur diri bukan bermakna aku melupakan cuma itu yang paling sesuai dengan keadaan sekarang. Aku mahu ber - lari, aku lepaskan tanggungjawab kamu sebagai sahabat aku, aku mahu kurangkan beban kamu dan juga aku. kudaku lari gagah berani..


cantek tapi selalu kecewa..

Majlis Perkahwinan 1

Entry dah lama ditaip tapi separuh jalan, now aku sudahkan untuk tatapan semua. Fifie this special for you..
Salam. Aku kepenatan yang teramat sangat selepas berlangsungnya hari perkahwinan kami adik beradik. Syukur Alhamdulillah dengan berkat dan Rahmat majlis berlangsung dengan meriah sekali. Tiada yang buruk berlaku dan paling penting emak berpuas hati dengan kehadiran tetamu. Bukan apa sebelum majlis ada pihak seolah-olah dengki dan cuba merosakkan keadaan. Nak cerita memang banyak so let’s summarize:

• Seawal pagi di hari jumaat, bermula kesibukkan menyiapkan hantaran, tambah apa yang patut, dan persediaan untuk kenduri pada malam tersebut, dan acara men touch up bilik pengantin. Penat macam nak mati. Oleh kerana dua pengantin yang bernikah di masjid pada malam tu, jadi aku terpaksa menyumbang tenaga memastikan majlis di rumah berjalan lancar. Bangga dengan semangat adik beradik yang ramai yang betul-betul boleh diharapkan. Syabas pada mak sebab lahirkan anak-anak yang boleh diharap.

• Majlis pada malam pernikahan (Jumaat) kiah and kak la+kenduri tahlil+kenduri doa Selamat berjalan lancar. Pasangan Helijah dan Azwan berjaya dengan satu lafaz akad manakala zakiah dan nazim selepas 2 lafaz..sebab pengantin lelaki cakap terlalu laju. Gemuruh di jiwa. Semangat membara.

• Aku Selamat di ijab Kabul dengan pasangan pada pagi sabtu, 2 oktober 2010 pada 11:39 pagi dengan satu lafaz. Alhamdulillah. Rasa sebak dan seakan tidak percaya. Tanggungjawab bertambah dan bermula detik baru dalam hidup aku...sebagai seorang isteri.

• Aku memilih tema peach, adik warna purple, dan kakak silver.
Bilik masing-masing dihias mengikut tema, pelamin hitam putih dan meja pengantin berwarna kelabu. Dapat bayangkan tak warna-warna yang wujud haritu? Alhamdulillah semuanya nampak nice. Kami tekad mengadakan majlis yang sederhana. Tiada upacara tepung tawar cuma pelamin dihias khas untuk tetamu dan saudara mara mengambil gambar. Owh penat sampai sekarang masih terasa.

• Acara pada hari besar/kenduri adalah seperti berikut: pernikahan aku di masjid pada sebelah pagi, tengahari berarak dan kemudian makan beradap. Setelah habis makan masuk ke rumah untuk acara mengambil gambar. Cuaca yang panas benar-benar menduga.

• Ramai tetamu yang datang kerana mahu melihat tiga pasangan pengantin dalam satu majlis besar kami. Ya diakui memang masyarakat sekeliling terkejut dan ada yang mengeluarkan kata-kata kurang enak kononnya melanggar adat dan jarang dibuat. Bagi kami sekeluarga selagi tidak tertulis di dalam Quran hokum melarangnya jadi kami nekad teruskan. Perkara yang baik kena yakin untuk melaksanakannya. Mak dan abah orang paling gembira majlis berlangsung dengan jayanya.

• Berjuta penghargaan terima kasih kepada kak ida dan kak normah, serta abang azaha yang menjadi tulang belakang dan orang kuat untuk majlis perkahwinan kami. Tanpa anda mesti majlis kucar kacir. Terima kasih juga untuk adikku ani, and ayu, anak-anak saudara yang banyak menolong fatin. Ifah,anis,nafiz,dina,nizam, wawa, aiman,dan tirah. Love you all.

• Thank you to Along Catering yang serves makanan untuk tetamu dan pengantin. Makanan anda sangat sedap dan perkhidmatan anda terbaek.

• Thank you juga to mak andam: kak su untuk make up dan jugak pelamin yang besar dan cantik.

• Untuk next entry aku akan post balance entry perkahwinan dan upload gambar menarik okes.

aku terfikir

Aku ada persoalan yang berlegar-legar dalam kepala otak sekarang. Jadi aku kongsikan bersama:

1. Suatu malam, dalam pukul 8 lebih aku dapat panggilan dari lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku suatu ketika dulu. Aku tidaklah terperanjat sebab dia pernah menghubungi aku sebelum ini. Suara yang sama, nada ceria yang sama yang lain, Cuma status dirinya yang berubah. Dia suami orang. Pernah dulu dia mengajak aku keluar minum dan lepak bersama, status aku masa itu tunangan MrZ dan dia suami orang, aku menolak dengan baik. Dan kini status aku berubah kepada isteri MrZ, pelawaan kali kedua aku tolak dengan alasan aku perlu mendapatkan keizinan suami jika mahu keluar. Dia terperanjat beruk. tak tersangka aku sudah berubah status. Persoalan yang terdetik di hati aku sekarang adalah, dia dengan status sebagai suami orang mengajak perempuan keluar minum (sebelum aku menjadi isteri orang). Bermakna dia menganggap perkara itu ok. (suami orang mengajak perempuan single but not available keluar minum berdua). Tapi andai kata perkara yang berlaku adalah sebaliknya, apa yang masyarakat fikirkan (perempuan single but not available mengajak suami orang keluar minum berdua). Mesti perempuan single itu dipandang keji. Dan suami orang bila mengajak perempuan single tidak apa, tiada cacat cela dan kejinya. Eh boleh ke macam tu?

2. aku dapat panggilan telefon dari kakak, yang uncle bear masuk hospital akibat serangan gout. Separuh anggota badan lumpuh dan tidak dapat berfungsi. Kejadian berlaku selepas balik dari kenduri perkahwinan kami adik beradik. Uncle bear merokok, ada blood pressure dan agak gemuk. Aku terfikir perkara ini ketika aku dalam perjalanan ke suatu tempat dan berada didalam teksi. Aku terbayang jika pak cik teksi ni mengalami nasib yang sama macam uncle bear, tiba-tiba mendapat serangan penyakit mungkin lebih teruk serangan jantung dan dia gagal mengawal stereng lalu terbabas. Apa akan terjadi kepada aku dan pakcik teksi? Mungkin maut menjemput kami. Paling kurang cedera ringan. Dan kerisauan selalu berlegar bila aku menaiki kenderaan tak kira bus, teksi, lrt, motor atau kereta suami. Oleh itu bersedia dengan apa jua kemungkinan. Maut dimana-mana.

Oct 19, 2010

yerkkk....

aku sangat perasan setiap kali nak menaip entry mesti perkataan ‘owh’ nak keluar dulu dari mulut dan saya sedaya upaya akan cuba elakkan menggunakan perkataan owh di permulaan ayat. Owh memang payah. See i use dat word again. Arghh benci. Sebab hati aku happy dan ada niat dan upload entry fresh lagi hot maka terwujudlah entry kali ini. Owh otak jem sekejap dan idea stuck disitu. Benci lagi.

Ada beberapa nama bloggers yang aku suka follow berlegar-legar kat otak. Ada persamaan penceritaan entry mereka dan paling best mereka adalah mereka dan mereka consistant. Maksudnya bila aku membaca arini aku suka, semalam aku baca blog mereka masih suka dan entry seturusnya juga aku suka. Tak kurang jugak ada bloggers yang dulu aku suka but now tidak lagi. isi pati blog mereka kadang2 seakan melampau dan aku baru terperasan ada yang mengada. Owh maaf. Mungkin terlebih penceritaan.

Stop tentang itu. If dulu aku menaip bila kesedihan melanda now aku lebih senang bercerita bila aku berbahagia dan berduka. Penulisan buat aku jadi sedikit tenang dan gembira. paling utama aku dapat suarakan isi hati aku.

Dan atas sebab itulah skang blog aku adelah cerita terbaru..ermm

- gambar tiada kaitan dengan entry...semenjak dua menjak alu suka upload and cari gambar pelik jer..tu jer..kerja woi..

Oct 18, 2010

bilamana

Bilamana

Bila hati tak peduli

Bila hati mati

Bila hati tiada rasa

Bila hati merajuk

Bila hati rasa dikhianati

Bila – bila masa sahaja

Anda akan dipinggirkan oleh aku

Anda akan disishkan dari hidup aku

Anda akan cuba dilupakan

A day to remember

Starting my day called my beloved husband and crying on the phone for almost 20 minutes.
(mesti stress kan hari2 i nanges..hihiih love u)

Early of the morning heading to work place, i saw a guy, i mean really handsome and tough guy (suami i tetap no 1) wearing PINK WATCH. Oh my God!. What the heck is going on?
(nice for woman)

On my way to work place, i met the cutest guy in KL standing in front of me. Owh comel macam character in avatar.  
(still suka till now)

Before entering parking area again i saw MyVi in PINK COLOUR.

(masih lagi berfikir kenapa mereka memilih warna pink utk kereta)

I saw this new sign board at free zone for smokers. Nice to know what the hidden message for that.
(bagi ke xbagi nih????confuse)

tamatlah kejadian di hari tersebut...

Oct 15, 2010

grrrrrr

Rasa terpaksa. Rasa terbeban. Rasa tertekan. Rasa nak muntah. Rasa terkurung. Rasa pening berputar-putar. Rasa mahu hentakkan kepala, dan akhirnya tiada rasa. Mahu rehatkan diri. Mahu bebas. Mahu rasa gembira.mahu ikhlas, mahu terbang, mahu bercuti, mahu kaya.


Aku marah. Aku sedih. Aku kecewa. Aku bengang. Aku keliru. Aku blur. Aku hilang sabar. Aku hilang pertimbangan. Aku menangis. Aku terkilan. Aku merana. Aku terpaksa.

Oct 11, 2010

sambungan..evaluation

Selepas menaip entry berkecamuk tadi aku teruskan dengan luahan hati aku tentang tempat kerja. Wujudnya entry ini kerana saya kurang menyukai tempat saya bekerja. Ini adalah disebabkan;


Saya akan mengantuk macam orang yang penat sangat tak tidur sepanjang malam padahal masuk tidur awal malam sebelumnya.

Saya akan tertidur dan kepala terhangguk-hangguk bila terpaksa membaca manual guide, brd atau apa-apa yang seangkatan denganya sebelum memulakan testing.

Saya dan rakan sepasukan akan berpura-pura ada kerja (padahal surfing internet) untuk mengelakkan dimarah oleh PM. Meneruskan kepuraan sepanjang hari sampai pukul 6.

Merasa seakan berada di timur tengah. Dikelilingi orang-orang bukan warganegara Malaysia betul-betul buat aku menyampah. Muntah melihat perangai dan aku boleh mati jika keadaan berterusan hingga 5 tahun.

Berdoa setiap saat semoga cepat pukul 6 petang mahu balik ke rumah, dan melakukannya setiap hari.

evaluation.

Aku memang suka memerhati, tak kire la orang ke, haiwan ke, tumbuhan ke, atau diri sendiri, pas memerhati aku akan mengkritik dan bercakap-cakap dengan diri sendiri. Dah lama aku buat pemerhatian dan hasilnya adalah entry yang berkecamuk isi kandungannya. Sekejap nak cerita tentang perasaan, sekejap tentang kerja, sekejap tentang perasaan. Aishh. So tulis jela.


1. Mood menulis membuak-buak dan idea datang mencurah-curah bila aku berada dalam tandas. Nak share itu ini dan semuanya menarik. Tapi bila mata pandang screen laptop automatic idea hilang, kering kontang. Siot jer. Macam hampas.
2. Bila aku rasa lapar atau penat aku cepat jer marah-marah. Maksudnya lebih mudah marah dari biasa. Should minimise this weaknesses la. Sayang kata aku sangat baran dengan orang sekeliling. Owh yeke. Maafkan.
3. Situasi sekarang adalah; otak seperti sotong kering yang dijemur di bawah sinaran matahari yang terik di atas zink di tepi pantai yang ditup angin laut yang menyegarkan. Dapat bayangkan betapa seksanya aku melalui hari-hari di tempat kerja aku? angin yang menyegarkan agak tidak sesuai disitu. Jadi tukarkan kepada angin laut yang bertiup panas dan terik. Adeh panas.

4. Setelah berfikir selama seminggu dan akhirnya aku dapat juga buat keputusan. Lupakan yang lepas. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Aku lebih bahagia bila aku tidak bergantung pada mereka yang bernama sahabat.
5. Pagi tadi aku bencikan seorang hipokrit sekarang tidak lagi sebab aku rasakan orang tu bertindak mengikut keadaan. Jadi maafkan. Lagi pun aku tak kisah.

...SEBAB....

Setiap manusia yang bertindak balas, menjalani kehidupan tidak kira normal atau pun tidak, yang memang dan akan membuat keputusan, yang dinamakan manusia yang hidup pasti ada SEBAB bila melakukan sesuatu. SEBAB yang hanya empunya diri mengetahui baik buruknya, SEBAB yang membuatkan diri percaya dan yakin yang ia adalah benar. Jadi orang lain tidak berhak mempertikaikan bila empunya diri mengambil keputusan atas dasar SEBAB.

Dan orang lain juga wajar untuk menghormati SEBAB itu. Atas dasar itu aku mendiamkan diri. Memberi berjuta peluang kali biar pun hati dilukai. Berdiam diri bila keputusan yang di ambil empunya diri menyakitkan hati. Atas dasar hormat.

Kepada sahabat. Sabar aku ada had nya. Kamu bersahabat dengan aku tapi kamu penting kan diri sendiri. Kamu janjikan sesuatu tapi kamu mungkiri dengan berdiam diri. Aku juga harus diberi peluang untuk bersuara. Menyatakan perasaan aku. jika kamu terbaca entry kali ini dan kamu yakin aku bercakap tentang kamu aku mohon kemaafan. Tiada hati lagi.

Aku doakan kau bahagia.