Nuffnang BH

Sep 8, 2010

Selamat Hari Lebaran

Yea..Selamat Berhari Raya..tahun ni sungguh nervous sebab ada dengar ura-ura yang raya bakal jatuh pada hari khamis iaitu esok dan aku masih di KL. Secara kasarnya aku tak merasakan kemeriahan berhari raya pada tahun ni. Faktor umur, persekitaran dan perubahan sekeliling membuatkan mood menyambut hari raya berkurangan. Lebih suka melayan karenah mak yang nak buat persiapan dan anak-anak sedara yang menuntut janji mercun, duit raya dan pelbagai.


Bagi aku raya kali ni mungkin ada cacatnya tanpa kehadiran salah seorang ahli keluarga kami. Pulanglah. Sebesar mana pun kesalahan, kemaafan perlu dipohon dari mak dan abah. Sementara peluang masih ada, sementara mereka masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa bernafas di muka bumi yang indah ini.

Aku tak mengharap terlalu tinggi, cukup jika mak tak menitiskan air mata dan hatinya tidak terguris. Aku sudah bersyukur.

Dikesempatan hari raya yang bakal menjelma aku susun jari memohon kemaafan, di atas keterlanjuran kata mahupun perbuatan, halalkan makan,minum, dan ilmu yang dicurahkan.

Semoga seisi keluarga, kaum kerabat, sahabat handai, dan seluruh umat Islam mendapat keberkatan di bulan Syawal. Tanamkan niat untuk berpuasa sunat di bulan Syawal. Moga terlaksana. Renung-renungkan.

Selamat Hari Raya
&
Maaf Zahir Batin

Dari; Rodiah & Family