Nuffnang BH

Sep 20, 2010

saat ini

Today rasa nak sepak kepala sendiri dush3 aouchh sakit. Sangat malas untuk bekerja mungkin kerana hari isnin atau memang sengaja mencari alasan. Hari ini penuh nikmat kurnia keran di anugerahkan perasaan merindui syurga-Mu Ya Allah. Mahu menjadi hamba yang taat dan senantiasa takut melakukan dosa. ya kami sering mengulangi dosa semalam dan berharap agar kami di ampunkan. Semoga Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih mengabulkan doa kami semoga lebih kuat.


Aku perasan, ketika ini, saat ini keidupan aku sama sahaja dengan orang lain. Di akui aku lemah dan kecewa kerana di uji tentang keimanan, dan ada orang lain yang sedang diuji tentang perasaan. Asasnya sama. Ujian. Setiap orang yang mengaku islam pasti akan di uji oleh Yang Maha Esa untuk mengetahui sejauh mana kekuatan imannya.

Aku berdoa dan berharap aku senantiasa kuat untuk melepasi segala ujian. Bukan mudah dan bukan terlalu senang. Membaca kisah orang lain membuat aku buka mata, telinga dan hati untuk memahami apa itu hidup. Apa maknanya dan apa pengertian kehidupan muka bumi. Beransur-ansur paham kenapa dan mengapa itu dan ini terjadi.

Sekarang pening kepala. Rasa nak continue sepak kepala laju-laju. Tak paham dengan isyarat yang hati cuba sampaikan. Dari tadi jantung seperti tidak terurus degupannya. Hati rasa sedikit kelam, gemuruh berpanjangan. Harap semuanya baik-baik belaka. Harap kelegaan menjengukkan muka. Adeh sakit betul macam ni.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.