Nuffnang BH

Sep 27, 2010

owh VitC

Rasa sedikit kurang bagus semenjak minggu lepas sebab selesema yang teruk ini tidak mahu pergi dari hidup saya. mak memang da membebel sejak awal tahun lagi kerana saya asyik demam..demam..dan demam. sampai bunga rose pon cakap saya asyik demam..setiap minggu mesti demam..dah macam routine plak. tidak bagus okeh. oleh sebab my wedding date just around the corner so orang cakap ni demam orang darah manis, orang yang dah nak kahwin memang menghadapi pelbagai ujian. kesihatan, kewangan, perasaan, pertalian, dan segala an lagi.
dan kerana demam yang teruk saya mengambil keputusan untuk membeli VitC+Zink di farmasi Sogo..memang effective that vitamin cause me going to toilet frequently. kira bagus sebab dia menolong menyingkirkan toksik-toksik dalam badan saya ini. sebelum ini saya tersangat malas mahu membeli dengan alasan tidak jumpa yang serasi tetapi pada hakikatnya saya bencikan kapsul/pil/cecair yang digelar ubat. wah membenci separuh mati bila kena telan setiap hari.
kesihatan saya pada umur menjangkau 25 tahun sangat teruk. jika tahap kesihatan dilukis pada kertas graf mesti da jadi gambar gunung yang sangat curam. ya ada banyak gunung. aisehh. asyik turun naik. saya selalu demam. ya kenyataan nya orang yang selalu demam di akibatkan oleh darah kotor, terlalu banyak toksik, masalah buah pinggang dan macam-macam lagi. ya saya tahu itu semua tetapi saya mendiamkan diri. eh saya pentingkan kesihatan tapi saya MALAS..
jadi saya masih ada sedikitk kesedaran lalu saya beli VitC. bagi mereka yang selalu sakit dan tidak cukup khasiat yang diperlukan sila beli dan makan. bertindak sebelum terlambat. owh yer..smalam sebelum bayar di kaunter saya tanya ahli farmasi tu..soalan agak bodoh.."err miss this Vit C akan buat saya banyak makan ker?", dan jawab ahli farmasi tersebut "kamu cari yang menambah selera ke? jenis ini untuk kuatkan your imune system"......dan saya tersenyum cepat-cepat pergi ke kaunter bayaran untuk cover malu sebab takde pengetahuan tentang VitC. untuk keterangan lanjut  boleh click kat sini http://www.pharmachoice.com.my/item.php?sid=c25e60de6c4ddffad209259617a58697&pd_id=11046&cat_table=healthproduct&pageurl=healthpd.php


(makan VitC untuk kehidupan yang lebih ceria)

dan terima kasih untuk miss VIP sebab teman saya pergi berjalan-jalan habiskan duit saya petang semalam. esok plan untuk habiskan duit lagi. jumpa d KLCC ok.