Nuffnang BH

Sep 27, 2010

maaf yang terakhir..

kalau ini fitri yang terakhir saya ingin:

1. Solat lima waktu
2. Berpuasa 30 hari di bulan Ramadhan
3. Berhenti merokok
4. Mendapat kemaafan.

Petikan di atas adalah skrip/dialog dari drama yang aku tonton semalam di TV9 dekat di hati. kisah sebuah keluarga yang aman pada mulanya. punyai seorang ayah yang penyayang dan pandai buat es mangga, serta main catur. seorang perokok tegar dan akhirnya keluarga di timpa musibah bila si ayah mencari keluarga baru. berkahwin dengan kawan baik isteri dan kemudian mempunyai seoranga anak. Setelah lima tahun si ayah didapati menghidap penyakit barah paru-paru akibat kuat merokok. Atas kesedaran yang timbul dihati dan berasakan kesalahan yang dilakukan kerana meninggalkan keluarga pertama dan anak-anak (ada sepasang anak) tidak akan dimaafkan jadi si ayah nekad untuk tidak merawat penyakitnya. Untuk menjadikan cerita lebih tragis dan membuat aku menitiskan air mata ialah keberkesanan pelakon membawa watak ayah yang sanggup dimarahi dan dihina oleh anak kandungnya. Ya semasa menonton aku terkenangkan abah di kampung. Sambung semula cerita tadi ayahnya berusaha untuk mendapatkan kemaafan dari isteri pertama dan anak-anak. Dendam menjadi penghalang. Anak sulong lelaki memberontak dan akhirnya di maafkan juga. Dah tahu ending cerita si ayah mati tapi aku tetap gagahkan mata nak tengok sambil menangis. Bunga rose tak larat nak tengok dan aku layan sorang-sorang.