Nuffnang BH

Sep 3, 2010

berTuah

Saya amat bersemangat harini. Syukur ke hadrat ilahi di atas nikmat kurniaan perasaan ini. Syukur yg melimpah ruah.


Saya amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap pagi selepas subuh, dan banyakkan berzikir dan beristigfar supaya dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki

Berzikir juga buat hati lapang dan meningkatkan keyakinan kepada pencipta. Alhamdulillah Allah masih memberi peluang kepada saya sebagai umat yang lemah lagi hina di muka bumi ini.

Semoga sesiapa yang membaca entry kali ini mengamalkan dan merasai sendiri apa yang saya lalui hari ini. Moga lebih baik dari saya.