Nuffnang BH

Aug 1, 2010

Sebab semuanya Kerana awak.

(entry ni dah lama ditulis..suatu perasaan ketika dulu...internet penghalangnya..jd aku post kan sekarang)

Ok entry ni khas untuk awak. Ye awakla. Kenapa saya post entry berbau emosi, jiwang dan perasaan tidak puas hati nih? Sebab semuanya Kerana awak.


Kepada: Awak

Menaip lagi. saya harap saya akan tenang dan tenteram selepas meluahkan persaan yang terbuku di hati. Sejak berjauhan saya tak pernah tenang. Saya sering merana. Ok saya mengaku saya terlalu ikutkan hati dan layan perasaan macam minah jiwang tapi itu adalah kenyataan. Bila saya sorang-sorang mesti perasaan itu datang lagi. mesti awak kata janganla duk sorang-sorang kan? Awak silap sekali lagi, takkan saya nak masuk tandas berjemaah. Ajak rakan-rakan teman supaya saya tak keseorangan. Agak mengarut.

Saya nak awak tahu yang saya tak pernah lupakan awak. Setiap kali nak tidur saya mesti khatamkan tengok gambar-gambar awak kat hp, dan akibatnya saya mesti mimpikan awak. Bukan setakat bila nak tidur, bila penat, bila lapar, bila sedih, bila gembira, bila makan dan bila-bila masa sahaja mesti teringat. Gilakah saya? Kalau emak tahu saya meroyan begini mesti dia mengucap panjang.

Patutkah saya salahkan awak bila saya teringatkan awak? Terlalu rindukan awak? Dan terlalu ingin berada dekat dengan awak? Ye di akui ayat tadi agak jiwang jadi tolong jangan gelakkan saya. Mengakui saya rindukan dan perlukan awak bukanlah satu kelemahan. Jadi saya rasa wajar untuk mengaku.

Disuatu sudut saya selalu percaya, awak ubat yang boleh buat saya sihat untuk semua penyakit, awak penawar segala kedukaan dan awak orang yang tepat bila saya dalam kesusahan.

Saya berharap perasaan ini tidak akan berpanjangan. Merasa sakit untuk meneruskan. Berseorangan. Saya tidak akan menyesal kerana pernah merasai ini semua dan takkan pernah menyesal memilih awak. Saya sayang awak en Zamri.



Daripada: Saya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.