Nuffnang BH

Aug 25, 2010

Akukah yg bersalah

Hari ini Allah tunjukkan sesuatu yang berharga buat aku. untuk kehidupan aku. di masa lalu dan juga masa hadapan. Aku tidak merungut kenapa Allah memilih aku untuk semua ini. Mungkin ini adalah balasan, jadi aku redha. Hampir luruh jantung aku mengetahui perkara yang sebenarnya. Aku berharap itu semua salah, semua nya bohong, tapi jarang sekali anggapan aku tersasar dari kebenaran. Aku tergamam. Aku bingung untuk langkah seterusnya. Ujian seberat ini jadi aku kuatkan hati. Allah memilih aku.


Kebenaran itu terlalu pahit untuk aku telan. Aku hanyalah pengganti. Mungkin menerima aku semata-mata untuk melarikan diri dari kesalahan orang lain. Salah aku muncul dan memaksa menerima aku dalam hidupnya. Mungkin kalau aku tidak memaksa dia akan mendapat apa yang mereka inginkan. Akulah batu penghalang. Dan paling penting rasa cinta itu bukanlah sepenuh keikhlasan datang dari hatinya. Mungkin itu adalah terpaksa. Dan rasanya amat menyakitkan.

Rasa malu menyelubungi hati. Rasa bertepuk sebelah tangan dan rasa mahu hilangkan perasaan ini secepat mungkin. Pergilah jauh jangan cuba singgah di hati. Aku telah melangkah jauh, jadi aku harus teruskan. Sangat mustahil untuk berpatah balik sekarang. Cuma aku berdoa jangan ada sekelumit perasaan sesal terbit di hati. Aku pohon ya Allah.

Hinakah aku di pandangan mata mereka. Di saat aku merasakan aku percaya sepenuhnya dan bahagia dengan diri sendiri dia langsung tidak membela aku, tatkala kenangan semalam seolah memandang keji kehadiran aku. Kenapa tidak dia yang membela aku. sebaliknya dia seperti mengiyakan. Tidak menentang habis-habisan kerana berdepan dengan kesayangan. Walaupun hanya kenangan.

Bagai petir yang bertempikkan di langit bila aku mengetahui yang dia mengharapkan sesuatu yang lebih, lebih dari yang seadanya. Andai dapat diputar waktu dan aku tahu kebenaran ketika itu tidak akan aku melangkah sejauh ini. Seberani ini memperjudikan perasaan dan hati. Dan kenangan itu cukup berani membandingkan aku dengan dirinya malah mengatakan aku jauh lebih hina dari dia. Salah aku merampas kesayangannya. Maaf. Kalau perampas yang kau gelar aku, aku redha, aku tersilap langkah kerana aku fikir dia bukan milik sesiapa.

Harus bagaimana aku membetulkan keadaan. Aku membina bahagia atas kesengsaraan orang lain. Kenangan itu. Patutkah aku turut derita.