Nuffnang BH

Jul 28, 2010

part 2

Assalamualaikum.. kali ni nak share part yang seterusnya trip to Beirut..lebih kurang 2 minggu je lagi kami akan meninggalkan Beirut. So untuk menjadikan hujung minggu agar berkualiti kami telah pergi ke Ceddar & Byblos. Nama-nama disini amat unik so secara automatiknya amat payah aku nak ingat (padahal memang aku susah nak ingat-lemah daya ingatan :P)

Ini adalah rumusan sebelum korang scroll down untuk melihat gambar-gambar dibawah. Mesti tertanya-tanya apa yang ada di Cedar (aku ingat tempat buat keju pada mulanya) dan juga di Byblos.

Cedar : we all dengan jayanya telah mengahabiskan masa hampir 2 jam untuk pusing-pusing dalam kawasan tu. Ada naik dan turun bukit. Udara sangat segar dan jauh bezanya dengan tempat-tempat di Malaysia. ni kira macam hutan simpan di Beirut. Nama dia “La Forest Des Cedres De Dieu” and in English is “The Forest of God’s Cedar”. Dari nama je mesti korang dah boleh agak kehebatan tempat ini. For your information, cedar tree adalah pokok rasmi Negara ni. Jika di Malaysia ada pokok Melaka, di Beirut amatlah popular dengan pokok cedar. Apa khasiat pokok ni aku tak dela plak amik kesah(kene study lagi). dari cerita yang diceritakan kepada kami semua oleh Mahmud (our friend from Beirut – dia sangat baik (~v~)), terdapat pelbagai jenis pokok cedar, seperti pokok oak,pokok ru dan pokok xmas tuh. kire anak beranak dialah jugak. Jika mahu kepastian dan keterangan lanjut sila Google di internet okeh. Lupa nak bgtaw, tempat ni xde bayaran pon just if nak bagi as donation for maintenance forest tuh, so we all bagi 20,000 lira.











Selepas bersiar-siar melihat pokok-pokok kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Grotte Kadisha. Aku cadangkan semua harus pergi ke sini. Bayaran masuk tak mahal just 5000 lira lebih kurang 3USD. Dan hasilnya korang akan kagum dengan keindahan tempat nih. Dari tempat we all park kereta smpi pintu masuk Grotte kene berjalan kaki dalam 15 minit. Ni tempat air dalam gunung sebelum keluar dari gunung jadi air terjun. Kat dalam tu sangat sejuk dan agak gelap. Tak dapat nak cerita lebih lanjut, layan jer gambar di bawah.















Byblos: antara tempat yg wajib dilawati bila datang Beirut, kat sini tepi laut, but before pergi jenjalan kat tepi laut sambil naik boat tu, we all round-round dulu tempat-tempat bersejarah yang ada kat situ. Oleh kerana banyak history kat Beirut nih so memang diaorang amik peluang untuk kekalkan bangunan dan serpihan arca-arca peninggalan bersejarah contohnya rumah-rumah ibadat (masjid dan juga gereja). Tapi bila nampak tempat untuk shopping pastinya dilupakan tempat bersejarah.hahhaahha. owh ye, dapat merasa naik bot tapi oleh kerana angin kuat so boat tu just pusing dekat-dekat jer. Tapi tetap enjoy. Bayaran naik bot dalam 7000 lira.










Maaflah penceritaan kurang menarik tapi Beirut memang best. Mesti datang lagi kesini. next entry i citer tempat yg lain plak ok.