Nuffnang BH

May 13, 2010

daRi HaTi

Aku menulis kerana aku kecewa, aku menulis kerana aku terluka aku juga menulis kerana terlalu gembira. Entry kali ini amat payah untuk aku sendiri klasifikasikan. Hati aku kecewakah?terluka kah? Atau aku terlalu gembira?

--kosong--

Perasaan itu aku tahan-tahan supaya aku tidak terlalu hanyut dan tewas seterusnya tenggelam dalam emosi yang aku sendiri kurang pasti mana titik penghujungnya. Ya aku mengaku aku mati tanpa kamu, tapi jika itu jalan terbaik untuk aku dan kamu. Aku harus redha. Aku harus terima. Walaupun aku bukanlah sekuat yang aku sangka tapi aku wajar untuk cuba.


--ketabahan--
Telah banyak air mata yang aku buang,hanya kerana seorang manusia. Kerana aku mahu perasaan sakit itu pergi jauh dari hidup aku. Kerana aku mahu gembira. Dan pada akhirnya aku tetap derita.


--kekecewaan--

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.