Nuffnang BH

May 24, 2010

Ade aku kesah..

Harini masa agak lambat berlalu.. perut sakit dari semalam..stat dr pagi tadi aku mmg malas nak dtg kerja..alarm hp bunyik tp wat bodoh jer..snooze kan lagi biar mlalak dua tiga kali. Aishhh..nak xnak bgn jugak la..kerja satu ibadah..dah malas and x ikhlas mcm nih ade ke pahala ibadahnya. Adus..mengeluh lagi.


Hari isnin hari yg kebanyakkan org mengalami nasib, rasa, dan perasaan yg sama. Hari kemalasan dunia. Owh sy sgt bencikan isnin. Bila menjelang malam ahad jer pasti menitiskan air mata..sbb esok adalah hari isnin..betapa bencinya kehadiran isnin. OMG tidak baek sungguh.

Sy membebel kali nih kerana saya terasa amat stress..bukan sy seorg tp kwn2 sekerja juga turut terasa tempiasnya. Owh ade yg tidak berpuas hati dgn sy@kami..oleh yg demikian kenapa tidak diluahkan atau ditanya secara langsung/direct kepada kami/saya..perlu ke meluahkan di blog sendirian berhad. Setelah dibaca entry yg berkaitan terlalu bnyk salah faham dan rs tidak puas hati penulis terhadap kami/saya. Atau lebih tepat luahan perasaan yg secara halusnya menghina..hah penghinaan.

Setelah membaca sy terdetik menghantar comment..tp terlalu panjang dan juga tidak mahu mengotori blog kepunyaan beliau. Owh kenapa bahasa paku yg terkeluar nih..sy merasa gila sekejap. Sesiapa yg berdekatan dgn saya sekarang mesti merasai bahang kebengongan sy.

Sy bukanlah tidak berpuas hati langsung dgn apa yg terjadi..ya saya akui sy lega sy masih hidup pada hari ini. Sy rs membazir jika sy marahkan beliau. Membazir tenaga dan merosakkan kulit muka sahaja. Jd saya mengambil keputusan berdiam diri dan membiarkan sahaja. Mungkin sy akan mengirimkan email pada beliau 1 hari nanti. Untuk beri penjelasan ker?adakah perlu?

Sy masih berfikir..apa yang patut apa yg tidak. Kebaikan dan keburukan. Perlu diteruskan atau berhenti sahaja. Saya tidak boleh penat kerana perjalanan masih lagi panjang. Jika ada yg tidak suka cara saya, siapa saya, pendapat saya..saya sejujurnya tidak boleh memaksa anda untuk menerima tetapi anda perlu/patut/harus/wajib memahami apa yg cuba sy sampaikan melalui pendapat saya.

Tidak semua yg kita suka org juga akan mnyukainya..dan tidak semua yg aku benci org lain turut membencinya...