Nuffnang BH

Feb 20, 2010

pergi...

Aku dibelengu masalah..wajibkah masalah selalu menghimpit kehidupan aku?aku tiada upaya, aku sangat lemah, aku tiada bersyukur dengan segala yang berlaku. Aku penat..sesungguhnya aku takut menghadapi masa depan. Apa akan terjadi?


Aku cemburukan kehidupan orang lain..terukkah aku? Ya aku serabut..sekarang jiwa merintih tapi aku harus pendam segalanya. Aku harus kuat tapi aku tidak pasti aku mampu atau tidak. Apa perlu aku buat.. hati merintih, air mata mengalir..

Sesungguhnya masih ada orang yang lebih malang nasibnya berbanding aku sekarang. ingin aku kutip semula kekuatan dimasa lampau tapi aku gagal. aku terasa mahu mengalah.

Aku mahu jadi orang yang berbeza. Aku mahu lupakan apa yang berlaku. Aku mahu lupakan latar belakang aku..apa yang telah terjadi. Aku mahu jadi orang baru. Aku mahu lupakan hidup yang penuh kekecewaan. Aku mahu hidup gembira.