Nuffnang BH

Jan 7, 2010

aku yg terpilih..

kenapa aku? bukan org lain..kenapa bukan dia atau sesiapa saja...adakah aku dikira sebagai tidak bersyukur dgn kehidupan aku? mempersoalkan segala yg terjadi..astagfirullah..sesungguhnya aku manusia paling lemah diantara manusia di muka bumi ini.

tertunduk malu dgn persoalan yg kadang2 menjerat aku utk mencari jawapan. aku tahu penyebabnya tetapi aku berdiam diri seolah aku tidak tahu menahu kenapa dan mengapa ianya terjadi. seolah tali menjerut leher, begitulah perasaan aku ketika ini.

aku sentiasa mencari dan cuba menjadi yang terbaik agar kehidupan aku tidak menyakiti kehidupan org lain. aku puas berusaha tetapi tidak berjaya. mungkin usahaku tidak sebanyak mana, tetapi aku telah penat. penat dengan segalanya. jika ini permainan hidup, apakah namanya?apakah peraturan dan habuannya?


bahagia org kata di depan mata dan kita selalu gagal melihat kebahagiaan yg tidak smpai sedepa jaraknya. aku juga mencari bahagia. aku tidak mahu derita. mungkinkah derita itu yg ditakditkan utk aku..aku yg terpilih..

aku tidak percaya aku akan terus begini..kerna setiap saat detik waktu yg berlalu membawa perubahan dlm hidup aku. mampukah aku teruskan????


(gambar tiada kaitan dgn tajuk en3)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.