Ikhwan Hafeez first day school | Darjah 1

Rodiah Amir
4

Ikhwan Hafeez First Day School

Alhamdulillah. Jumaat minggu lepas selesai urusan orentasi anak sulong masuk ke darjah satu. Aktiviti pada hari tu hanyalah murid-murid diperkenalkan dengan kawasan sekolah, bertemu rakan-rakan, dan taklimat oleh pihak guru kepada ibu bapa.

Mulai tahun 2018 dah tak ada pengasingan kelas. Maksudnya tiada lagi ujian saringan untuk menduduki kelas pertama, kedua dan seterusnya. 

Inisiatif kerajaan katanya supaya anak-anak dapat bergaul/ bersosial dan lebih berdaya maju. Jujurnya aku dulu bersekolah memang budaya pengasingan kelas ni wujud. 

Selain dari kesan emosi kepada pelajar tu sendiri; merendah diri, rasa tak yakin, memberontak, kesan akibat treatment yang cikgu berikan juga berbeza.



Pengalaman Pertama Di Sekolah


Kalau time aku sekolah dulu cikgu akan utamakan kelas yang bijak dahulu untuk segala info dan bantuan. Dapat bayangkan macamana perasaan pelajar aliran kurang glamour macam Sastera;Perdagangan tu? 

Mestilah rasa cikgu pilih kasih. Itu pendapat peribadi aku ya. Walaupun sekarang dah tak ada pengasingan kelas tapi anak-anak akan dipantau dengan segala jenis ujian yang Kementerian dah tetapkan. 

Kalau dulu UPSR adalah segalanya, lambang kecemerlangan murid di sekolah kali ni UPSR tidak dimansuh kan tetapi menjadi sebahagian result untuk pencapaian pelajar. 

Aku lupa apa nama dia. Yang pastinya pelajar perlu cerdik dalam akademik, aktif bersukan, aktif dalam kelab dan lain-lain.

2hb January 2018, hari pertama Ikhwan jejakkan kaki ke sekolah dan bercampur dengan pelajar yang lain. Ada dua kelas, (Cemerlang & Dedikasi) Ikhwan ditempat di kelas 1 Cemerlang. 

Hari pertama abah yang teman. Mama dah tak larat. Hantar pagi tu dan abah monitor semasa rehat untuk tengok dia beratur beli makanan. 

Balik pun abah tengok dari belakang sebab jarak ke rumah pengasuh tak sampai 5 minit berjalan kaki.
Tanamkan dalam hati nak bekalkan anak setiap hari. Selagi mampu la. 

Abah dia kata kantin jual ok la tapi terlalu ramai pelajar nak beratur dan beli. Ikhwan ni makan perlahan sangat takut tak sempat. Better bawak bekal dan air.




Sehingga hari ni kalau bawa bekal duit belanja memang tak di usik. Ok jimat la sekarang. Masa balik sekolah, abah dia sempat complaint perangai ibu bapa kurang didikan masa waktu rehat, potong barisan pelajar yang kecil molek, semata-mata nak beli makanan untuk anak dia. 

Patutnya ajarlah anak untuk beratur bersama-sama. Golongan semacam ini wujud ya. Realitinya.

So far kelas darjah satu masih lagi belum start belajar. Sesi pengenalan, pengagihan buku teks, tag nama, dan lain-lain akan diberikan dalam 3 minggu ni. 

Lepas tu nanti baru pembelajaran sebenar bermula. Semoga barang-barang sekolah dapat dia jaga sebaiknya. Dah banyak kali pesan jaga baran sendiri elok-elok. 

Mama dan abah doakan Ikhwan Hafeez diberikan kecerahan hati dan minda menyerap segala ilmu, berkawan dan berjumpa dengan orang yang baik dan dipermudahkan lah segala urusan.

Sekejap je masa berlalu dan anak dah masuk darjah satu. Di usia mama 33 tahun dan abah 35 tahun. 

Wow tua nya.  
Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Alhamdulillah.. Dah bersekolah dah ye.. semoga menjadi anak yang bijak dan soleh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah masuk darjah satu pun anak sulong ni.. aamin tq Auntie Shahida

      Padam
Catat Ulasan