Nasi Arab Taj Hadramawt Taman Melati

Rodiah Amir

Nasi Arab Taj Hadramawt Taman Melati


Oleh sebab dah lama teringin nak makan Nasi Arab maka teringat satu Restoren Arab terletak di Taman Melati yang selalu kami jeling-jeling je bila tapau sate di Haji Samuri. Selalunya bila teringin nasi arab sedap kami akan ke  Restoren Aroma Hijrah yang terletak di Shah Alam.

Kisahnya pagi tu selepas selesai urusan cucuk vaksin tambahan Raudah, plan nak ke kedai Hari-Hari beli baju sekolah abang Ikhwan. Saja nak setel awal sebab keadaan mak buyung yang semakin hari semakin malas nak jalan.


Sebelum keluar rumah dah make sure perut penuh dan sempat goreng bihun. Ikut plan asal cucuk di Klinik Pusrawi Jalan Ipoh kemudian post Wawawax di LRT Taman Melati  kemudian Lunch seterusnya beli barang di Kedai Hari-Hari. 



Pertama Kali Cuba Nasi Arab Taj Hadramawt 

First impression masuk ke Restoren Taj Hadramawt  terasa la seperti berada di Negara Arab sana nun. Staff dia majoriti dari Negara Timur Tengah. Hiasan dalaman restoren ni cantik sangat kena dengan tema padang pasir.  Masa masuk memang penuh dengan bangsa Arab. (ok ini tak taw nama apa tapi dia speaking Arab).

Dari segi harga agak mahal (pendapat aku). Variety of food banyak. Kambing/ayam boleh dimasak pelbagai rasa/rempah. Total kami makan sekeluarga RM53.00. Order Chicken Mandy dengan Lamb Haneef. Air Mineral botol besar dan Vimco (blackcurrent blended). 

Nasi Arab Taj Hadramawt Di Tekak Aku?

Lain orang lain tekak kan? Ini berdasarkan pandangan tekak aku. eh Tekak kau pun ada pandangan ya. ahaks. Kalau bandingkan Restoren Aroma Hijrah dengan Taj Hadramawt aku lebih suka Aroma Hijrah dari segi rasa dan harga. Taj Hadramawt ni rasa dia lebih original asal makanan sana, tapi Aroma Hijrah dia alter sikit rasa ikut tekak orang Malaysia.
Kalau makan nasi Arab bagi aku nasi dan sambal dia kena power. Aku suka nasi lembut dan sambal pedas manis. Lauk dan Nasi di  Taj Hadramawt bagi aku sedikit kering. Bila makan agak kasar nak kunyah. Hilang kelembapan nasi dan ayam dia tapi masih boleh diterima tekak aku. Sambal dia pedas. So ok la tak muak. 

set Chicken Mandy

Lamb Haneef

Apa pun kena pergi cuba baru puas hati. Restoren ni berhadapan dengan Sunway Montana dan sederet dengan Restoren Sate Hj Samuri. Tempat ni selalu parking penuh tapi don’t worry in sha Allah ada kosong sebab parking agak banyak.

Yang teringin nak cuba boleh waze tempat ni guna alamat bawah ni.

Restoran Nasi Arab Taj Hadramawt
No. 45G, Taman Melati Utama, Setapak, 53100 Kuala Lumpur

Telefon: 03-4106 3323


Update: Port Baru Makan nasi arab kegemaran kami satu keluarga: Nasi Arab Sedap Di KL
Tags